Saturday, July 5, 2014

Kau tak rasa

Kita ini kalau bab nak menasihatkan orang memang power.
Tapi,
Cuba kalau benda itu jadi dekat batang hidung sendiri, baru kita tahu susahnya nak hadap macam mana.

Baru-baru ini ada seorang kawan aku down
Down gila-gila sebab result exam. 
Makan tak lalu
Diam membisu
Hidup tak bermaya

Bila tanya- dia jawab, "dia okey"
Tapi okey dia itu, sebenarnya pada aku tak okey.
Aku cuba untuk ada di sebelahnya
Cuba untuk bagi sokongan untuk dia move on.

Tapi
semua itu tak bermakna
banjir nasihat aku bagi pun, tetap yang merasa pedihnya - dia
macam yang dia selalu nasihat kat aku,
masa aku down, dulu
dan aku pulak nasihat benda yang sama 
tapi kali ini, tukang nasihatnya sahaja bertukar.

hidup memang payah, kawan
apa yang kita nak, tak sentiasa digenggaman.

walaupun
kita dah nampak jalan yang ingin dilalui itu lurus
bila cuba menghampiri,
belum tentu ia selurus seperti sebelum ini

apa nak jadi pun,
redah jelah.

Thursday, June 12, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Masuk minggu kedua cuti persekolahan, hari ini baru berpeluang nak update. Passion untuk menulis makin lama makin hilang pulak. Di mana kah kau menghilang? Hehe

Untuk aktiviti cuti persekolahan, saya tidak lah ke mana-mana. Tidaklah ke luar negara mahupun ke luar negeri bagi mengisi masa-masa cuti ini. Hanya duduk di rumah sahaja. Family saya bukan macam family orang lain. Kami tidak gemar berjalan-jalan ke sana mahupun ke mari. Lebih suka duduk di rumah menghabiskan masa bersama-sama. Rumahku syurgaku. Gittew.

Jadi, marilah lihat apakah yang saya lakukan sepanjang cuti persekolah ini. 

#1. Menjahit

Siapa sangka, tangan yang kasar dan keras macam saya ini boleh menjahit akhirnya. Terus terang saya cakap, menjahit ini sememangnya memerlukan kesabaran yang sangatlah tinggi. Kena betul-betul sabar. Sebelum ini saya tidak pernah sentuh mesin jahit. Tak pernah guna. Nak cuba pun jarang sekali. Tapi akhirnya, lihatlah duniaaaaaa. Saya berjaya menjahit baju kurung saya sendiri. Saya hadir ke kelas menjahit pada hujung tahun lepas. Kelas selama dua hari. See, dua hari belajar dah pandai terus jahit baju kurung. Nampak tak, saya ini senang betul nak diajar. :D

Jadi, dengan cuti yang ada ini, saya ambil masa untuk jahit baju kurung saya sendiri. Kepuasan bila dah siap baju iniiiiii, hanya Tuhan sahajalah yang tahu. Rasa macam seronok gilaaaaa. Yelah, baju yang kita buat dengan titik peluh sendiri. Kalau orang lain tak hargai, siapa lagi yang nak hargai kan? Diri sendirilah. Memanglah hasil jahitan ini takdelah macam jahitan di kedai. Masih banyaklah sengit bingitnya. Tapi takpelah. asalkan boleh dipakai. Bolehlah pakai pergi kelas ke kan.

Percubaan kali keempat rasanya. Heee

#2. Baking

Baking. Perempuan manalah yang tak suka baking kan. Mungkin baking ini agak renyah jugak sebenarnya. Tapi, kalau ada niat nak mencuba itu, tak jadi hal lah. Saya cuba resepi baru. Ala, google je resepi. Bukankah sekarang ini maklumat di hujung jari jeeee. Nak dengan tak nak je lah kan. Jadi, saya cuba lah cari resepi "Hokkaido Chiffon Cupcake". Sebab hari tu dah beli dekat kedai roti. Sedapnyaaaaaa. Jadi teringin nak buat. Hehe. Atas dasar semangat yang ada, google dan cuba. Bahan-bahan pun senang nak cari di supermarket. 

#3. Memasak

Saya ni bukanlah expert dalam memasak. Setakat nak kenyangkan perut tu boleh lah. Tapi kalau nak bagi rasa yang betul-betul umpphhh itu, tidaklah. Surrender awal-awal. Hihi. Cuti ini saya cuba masak sambal tumis ikan bilis. Ohh, saya akan cuba masak, kalau itu memang makanan favourite saya. Yelah, makan mestilah sebab nak kenyangkan perut sendiri kan. Jadi, saya bertungkus lumus untuk menghasilkannya. 

 Yang kiri itu sup berlada. Yang kanan itu sambal tumis ikan bilis. Merahkannnn.
Ini potato wedeges. Tak tahu kenapa rupa macam ni. Takpe lah, jangan tengok rupa. Ada rasa kira okeylah :D

#4. Tonton drama

Kalau dah namanya duduk rumah, sinonim lah kan dengan tonton drama. Antara drama yang menjadi ikutan saya buat ketikan ini ialah Temptations Of Wife. Cerita dari tanah seberang. Filipina mari. Kira okey lah kan dari tak layan Sinetron merapu tuuuu. Kiki. Selain itu, ada jugak layan Drama pukul 7 itu. Tapi itu pun tak tengok kat tibi. Layan kat tonton jeee. Tak sesuai waktunya, lagipun ayah saya sangatlah tidak suka anak-anaknya duduk menghadapi tibi waktu-waktu maghbrib ini. Tapi boleh lah drama itu. Boleh layaaannn. 

So, itu saja. Baca buku je takde masa lagi. Kiki 
Salam Nisfu Syaaban semua :)

Thursday, May 29, 2014

Video Pilihan #14

Friday, May 16, 2014

Video Pilihan #13



Aku suka drama ni.
Tak tengok pun dekat televisyen.
Tengok kat u-tube jeee.
Ada sesuatu mesej yang dia nak bagitahu.

Recommended lah.
Susah jugak nak jumpa orang macam Syumailah ini.
Hmm.

Wednesday, May 14, 2014

Rangkuman Cerita

So, well everyone. Menghilangkan diri daripada memblogging bukan bermakna hilang di dunia nyata. Lama sungguh kan aku tak berblogging ini. Haihh. Hilang mana entah semangat nak menaip segala jenis cerita.

Okey, so sebenar-benarnya ada banyak nak cerita, tapi itu lah. Tak tahu nak mula dari mana. Hihi :D

So, whatsup everybody?

Oh, alasan yang munasabah aku boleh bagi kenapa tak berblogging ini, sebab aku di final year sekarang. Busy dia memang kalah businessman. Busy sangat-sangat. Sebagai seorang manusia yang-tak-reti-nak-buat-dua-kerja-dalam-satu-masa, inilah sebab utama kenapa aku dah lama tak berblogging. Hehe. Alasan sampingan perlu ke nak cerita kat sini ?

okey. Sekarang biarlah aku update cerita-cerita yang dah berkurun basi. Last praktikum untuk tahun ini. Moment selama 12 minggu berada di sebuah sekolah yang terletak di Butterworth, Penang.

Praktikum kali ini aku rasa penat lain macam. Penat sangat-sangat. Macam nak give up pun ada pada mulanya. Mungkin penangan dua kali praktikum sebelum ini buat aku rasa macam dah tak bermaya. Tapi sepatutnya, yang terakhir lah kita buat habis baik kan ?

Tapiiii, itu perasaan mula-mula. Memang rasa macam dah tak kuat, dah tak berdaya dah. Aku punya kawan-kawan yang sentiasa support dari belakang. Yang sentiasa tolak aku ke depan, kalau aku dah tak berdaya melangkah lagi.

Bukan senang nak jadi cikgu ye kawan-kawan.
Klien kita murid. Murid ada macam-macam ragam.
Nak layan sorang-sorang punya ragam, memang payah dan mengharukan.
Tapiiiiii, itu semua pengalaman.
Bukankah pengalaman itu akan mendewasakan kita ?

Okey lah, itu jeee nak cerita. Takdelah rangkuman mana pun entri kali ini. Tapi boleh lah daripada tak update apa-apa kan.

Sunday, May 11, 2014

Should I stay or run ?


Untuk Ibu-ibu di dunia

Masa kecil,
Kak Ngah lihat Ibu sebagai seorang Guru Disiplin
Tak boleh salah sikit
Mesti tangan Ibu naik satu badan

Bila umur 5 tahun,
Kak Ngah lihat Ibu sebagai seorang supermom,
Sibuk menguruskan adik-adik yang masih kecil,
Penat bekerja lagi,
Kak Ngah salute habis.

Bila umur 10 tahun,
Kak Ngah lihat Ibu sebagai seorang masterchef,
Takde masakan anak-anak minta yang Ibu tak boleh buat,
Ibulah masterchef dunia,
Kalah makanan2 di kedai

Bila umur 15 tahun,
Kak Ngah lihat Ibu sebagai seorang pakar akademik,
Takde soalan yang Kak Ngah tanya Ibu tak boleh jawab

Bila umur 20 tahun,
Kak Ngah lihat Ibu sebagai seorang yang kuat membebel,
Tapi bila dah duduk jauh ni,
Baru rasa rindu pada bebelan Ibu.

Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih kerana telah menanggung mati tujuh kali untuk anak2 Ibu.

Selamat Hari Ibu
Ya, hari2 adalah Hari Ibu sebenarnya.

Saturday, May 10, 2014

erk

Nasib baik username dan password blog aku masih ingat lagi.

So, hello everyone. Ada ke yang rindu-rinduan?

Lama sungguh tak berblogging ini. Rasa awkward pulak. Kihkih :D


Tuesday, December 3, 2013

His Soulmate

A guy yang selalu melihat stok perempuan-perempuan berdahi licin, kurus kedemping, ada rupa dan berlesung pipit akhirnya telah berjumpa dengan soulmate dia.

Lelaki ini takdelah buat masalah dengan aku. Sebab aku tak pernah 'kena' dengan dia. Macam yang kawan-kawan perempuan aku katakan. Jadi, bila orang bercerita pasal dia, aku hanya diam membisu. Tak boleh nak tokok-tambah sebab takde pengalaman.

Hehe

Orang yang tak berdahi licin macam aku, siapa yang usha kan. Eh?

Okey. Back to topic, dia dah jumpa dengan soulmate dia dan akan bernikah tak lama lagi. Aku dikira sebagai orang yang pertamalah tau (dalam kalangan kawan-kawan aku, aku lah orang yang first), bila mamat ni nak kahwin. Reaksi aku - biasa dan cool.

Tapi reaksi kawan-kawan aku : 
"Perempuan tu tau tak perangai mamat ni yang sebenar?"
"Takkan lah. Perempuan itu terima?"
"Boleh percaya ke ni?"

Semua reaksi mereka dihujani pertanyaan semula kepada aku. HAHA. 

Bukan ke jodoh itu rahsia Allah. Haaa, semua terkejut bila tengok surprise dari Allah ni kan. Jodoh yang tak disangka-sangka. Padahal, mamat ni memang usha perempuan (yang mempunyai ciri-ciri di atas) atas bawah atas bawah. Memang dia tengok habis lah. Kalau nak dikira dalam kategori menjaga pandangan, memang lelaki ini gagal lah.

Tapi tengok, at the end.... dia pilih perempuan yang solehah beb. Tak disangka-sangka. Semua orang tak sangka. Rahsia Allah, siapa yang tahu?

Jadi, rileks. Yang mana belum jumpa soulmate, keep calm and be the better person. Jodoh akan datang dalam keadaan yang tak disangka-sangka. Mungkin aku akan berjumpa dengan 'dia' dalam lrt misalnya. Eh?

Saturday, November 23, 2013

How to built self esteem

Saya ada masalah. Tak reti nak berkomunikasi di khalayak ramai. 
Lagi-lagi bila depan crowd. It's make my body menggeletar satu badan. 
Low self esteem dan tahap confident yang lemah gila.

Saya tahu ini tidak bagus. Kerjaya saya sebagai seorang guru, perlukan seseorang yang mempunyai tahap confident yang tinggi, berkeyakinan, dan berani. Tapi tu lah masalahnya, saya bukan begitu :( 

Adakah saya tersilap pilih bidang?

Perkara ini saya perasan, bila kena back up jadi pengacara majlis masa di sekolah (praktikum kedua hari tu). Padahal back up jee, tapi punyalah cari orang, supaya kalau boleh, tak nak jadi. Suruh lah buat apa pun, hias pentas ke apa-apa je lah. Tapi belakang tabir, saya on

Bila disuruh handle depan dan jadi emcee, saya jadi tak tentu arah dah.

Teruk kan saya?

Tak tahu macam mana nak ubah. Saya selalu jealous dengan orang yang boleh cakap secara spontan sahaja. Tapi, saya tak boleh. 

Adakah ini disebabkan faktor pemakanan, genetik atau cara dibesarkan?

Susahkan jadi saya?
Kadang-kadang saya pun tak suka macam ni.
Tapi apa boleh buat ?