Kita ini kalau bab nak menasihatkan orang memang power.
Tapi,
Cuba kalau benda itu jadi dekat batang hidung sendiri, baru kita tahu susahnya nak hadap macam mana.
Baru-baru ini ada seorang kawan aku down.
Down gila-gila sebab result exam.
Makan tak lalu
Diam membisu
Hidup tak bermaya
Bila tanya- dia jawab, "dia okey"
Tapi okey dia itu, sebenarnya pada aku tak okey.
Aku cuba untuk ada di sebelahnya
Cuba untuk bagi sokongan untuk dia move on.
Tapi
semua itu tak bermakna
banjir nasihat aku bagi pun, tetap yang merasa pedihnya - dia
macam yang dia selalu nasihat kat aku,
masa aku down, dulu
dan aku pulak nasihat benda yang sama
tapi kali ini, tukang nasihatnya sahaja bertukar.
hidup memang payah, kawan
apa yang kita nak, tak sentiasa digenggaman.
walaupun
kita dah nampak jalan yang ingin dilalui itu lurus
bila cuba menghampiri,
belum tentu ia selurus seperti sebelum ini
apa nak jadi pun,
redah jelah.
2 sumpahan:
ko okay tak pasal result ni? bunyi kecewa ja
Izmir,
kecewalah jugak sebenarnya. hmmm. nak2 result keluar betul2 time ada majlis Anugerah Pengarah. Jelessssss kot
Post a Comment