Thursday, April 15, 2010

Setahun sudah

Semalam rata-rata budak matrik sudah menamatkan pengajian mereka. Ada pelbagai perasaan. Ada yang gumbira, sedih, dan seribu macam perasaan yang lain. Termasuk lah beberapa kawan-kawan aku yang sedih. Ya, dulu aku pun macam itu jugak. Walaupun berada di matrik selama 2 bulan sahaja, tapi di sana lah banyak benda yang aku belajar.

Walau apapun, tahniah aku ucapkan.

Duduk di matrik bagi aku macam satu adventure. Kau tak akan ada masa nak huha-huha sesama sendiri, nak on9 pun tak akan ada-nya masa. Serious aku cakap. Pelajaran di sana pun boleh dikatakan agak mencabar dan very high. Nasib baik lah aku dulu amik kos akaun, kalau nak dibandingkan dengan sains fizik dan hayat itu lagi susah lah gamaknya.

Selama 2 bulan aku di kmns, boleh dikatakan aku agak terumbang-ambing pada mulanya. Cara pembelajaran di sana, macam yang aku cakap, agak adventure. Orang yang suka main-main macam aku ni, memang akan ketinggalan habis.

Minggu pertama di sana, aku okey lagi. Masih dalam suasana perkenalan. Jadi, aku tiada masalah. Masuk minggu kedua, aku dah mula pening-pening lalat. Dengan jadual yang padat, (dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang, tak masuk lagi pasal kelas malam) ditambah pula benda-benda yang mengarut macam kokurikulum itu lah ini lah. Aku dah mula tak selesa. Tak masuk lagi pasal setiap kelas ada test lah, kuiz lah. Macam-macam jenis ujian lagi lah. Semua ini buat aku serabut.

Aku bukan jenis orang yang bijak-bijak macam kamu semua. Aku kalau nak belajar, tak boleh stress-stress. Aku kena bagi otak aku tenang dulu. Apa yang aku tengok, rata-rata budak di matrik, cara mereka belajar memang agak high. Lepas satu buku, satu lagi. Lepas satu subjek, ada lagi subjek lain. Tak putus-putus. Tapi itu cara mereka, aku bukan macam itu. Lepas satu subjek, aku tak akan fokus subjek lain lagi dah. Nanti otak aku serabut. Aku kena bagi otak aku berehat dan tenang sekejap. Itu cara aku belajar lah. Satu lagi, aku memang kuat tidur. Ya, aku memang suka manjakan otak aku. Kalau kamu, aku tak tahu lah.

Begitulah rutin harian aku di matrik. Benda yang sama saja aku buat tiap-tiap hari. Masa dekat kmns dulu, aku tak pernah jejak kaki pergi pekan, sebab aku busy. Busy sangat. Serious. Orang dah habis cover satu bab, aku baru nak terhegeh-hegeh baca bab itu. Sebab itu lah masa matrik dulu, life aku tak berapa nak cantik.

Tapi, masa aku di matrik dulu, berat aku memang naik. Naik sangat. Tapi aku tak perasan, orang lain perasan. Mereka kata aku gumbira berada di matrik sebab itu makin besar. Tapi mereka tak tahu, sebenarnya aku merana. Aku memang tak kuat.

Awal bulan 6, aku lihat ramai yang dah cabut keluar (lari). Ada yang masuk U, ada yang masuk poli. Ada yang masuk form 6. Mereka tak tahan dan tak kuat. Ya, cara pembelajaran di matrik memang agak baru bagi aku dan mereka. Tapi aku teruskan jugak. Seorang demi seorang aku lihat mula keluar dari matrik ini. Setiap kali kuliah, mesti ada lah yang seorang yang missing.

Tapi aku still menunggu keputusan maktab. Aku harap aku dapat. Sebab aku dah tak sanggup lagi nak lalui kehidupan di matrik ini. Terlalu sukar. Keputusan keluar, aku tak dapat. Kesian kan. Okey, fineee. Tak ada rezeki. Aku teruskan pengajian aku. Aku belajar betul-betul sebab aku fikir dah tak ada tempat lain lagi dah. Ini saja yang tinggal memandangkan dulu aku dah tolak tawaran U.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, akhirnya tawaran untuk kali kedua maktab pun keluar (second intake). Aku dapat !. seriously aku rasa macam tak berapa nak percaya dan perkara ini telah membuat kan aku serba-salah. Sama ada nak terima atau tidak. Sebab boleh dikatakan aku agan ketinggalan banyak perkara di maktab nanti. Second intake, faham-faham saja lah.

Setelah fikir masak-masak, akhirnya aku pun menerima tawaran tersebut dan meninggalkan kmns. Masa itu aku ingat, aku tak jumpa ramai orang nak cakap bye-bye, sebab masa tak mengizinkan. Ayah aku pula nak amik petang keesokan hari nya. Segala jenis surat berhenti, aku uruskan sendiri. Maafnya kawan-kawan.

Sekarang aku belajar di maktab perguruan. Ya, sangat bersyukur berada di sini.

Setahun sudah masa berlalu. Memang agak cepat. Aku rasa semalam, aku baru nak daftar matrik. Tapi apa boleh buat. Masa itu kan emas !.

1 sumpahan:

nabilah said...

cerita ko mmg indah..
huhuh