Wednesday, May 12, 2010

Masuk hutan, mandi laut, berlari 2.4 km, berkayak. Fuhh...

Tempat: Teluk Batik, Perak
Bilangan hari: 3hari 2malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Pengalaman: Priceless

Salah satu aktiviti yang mesti ada dalam silibus PJ ialah bercamping di Teluk Batik. Ini pertama kali bagi aku bercamping. First time tidur dalam khemah, mandi dekat tandas awam, memang suatu perkara yang janggal tapi amat menyeronokkan.

Aktiviti sepanjang di sana adalah masuk hutan atau dalam bahasa orang putih jungle-tracking. Jungle-tracking mengambil masa selama 2jam. Bagi aku, aktiviti jungle-tracking ini, sudah 2kali aku buat, first time dulu masa aku semester satu. Masa jungle-tracking itu, macam2 binatang aku jumpa, ada yang tak pernah lihat pun ada jugak. Pacat² tuh jangan cakap lah, tapi nasib baik pacat tuh tak melekat kat aku.

Selain itu, aktiviti yang seterusnya ialah berkayak. Bagi aku, aku ingat berkayak ini senang. Ya, tengok memang senang. Tapi nak memulas pedal itu, memang sangat letih. Kena main dengan otot tangan. Lepas ni, aku rasa muscle tangan aku mesti taff gila gila. Tak percaya? Nak carik partner untuk berkayak pun, kena carik partner yang sebulu. Dapat yang tak sebulu, memang letih lah kau kayak sorang2. Kalau macam aku, aku punya partner yang best gila gila. Partner aku lelaki. Nak berkayak, kena carik partner yang lain² jenis, sebab senang sikit nanti. Apa² hal, hero kan ada. :P Partner aku ini, sangat baik hati, sebab aku hanya duduk saja macam boss dan dia yang tolong kayak-kan untuk aku. Baik bukan?

Selepas aktiviti berkayak, petang itu kami melakukan aktiviti water-confident. Okey, aku kena berterus-terang. Aku memang takut gila dengan air. Air yang banyak² ni. Banjir pun aku takut. Jangan main² dengan air. Water confident itu, aku hanya melakukan di tepi² sahaja, tak macam bebudak yang lain, pergi buat kat tengah². Fuhh, aku memang tak berani. Pulak tuh, asyik nak pegang tangan kawan saja, takut nak lepaskan. Aku takut tenggelam. Padahal, aku pakai jaket keselamatan kott time tuh, tapi keberanian itu still tak ada.

Ouh ya, lepas dah confident dengan air semua itu, aku main banana-boat. Aku tengok orang lain semua syok je naik banana tuh. Aku pun teringin, padahal dalam hati, takut gila. Iyalah, kalau bercuti dengan family, mana dapat naik benda banana ni semua, ayah aku cukup tak bagi. Ini nasib baik ada kawan² yang teman. Memang syok naik banana-boat. Kalau boleh lepas ni, aku nak naik lagi. Nak cerita macam mana pun, susah. Sebab syok habis !.

Masuk hari ketiga, aktiviti berlari sejauh 2.4km. Jauh kan? Jauh gila gila lah. Aku dapat no 47 daripada 60 orang. Bagus tak? Sila tepuk tangan okey. Bukan senang nak lari jauh² ni, perlukan kekuatan mental dan fizikal yang mantap. Selepas itu ada buat aktiviti UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan). Okey, aku memang tak suka Ukjk ini, sebab markah aku memang tak bagus. Bangkit tubi pun aku tak lepas. Haish.

Lepas semua dah okey, kami pun berkemas dan pulang. Ouh ya, di bawah ini, aku ada selitkan beberapa gambar. Awas ! Gambar ini mungkin terlalu banyak. Sila jangan muntah okey :P












0 sumpahan: