Saturday, August 21, 2010

Puasa

1) Sekali lagi kita dapat berjumpa semula di bulan Ramadan, bulan yang mana bagi aku adalah bulan ketenangan. Setiap malam adalah malam yang menenangkan bagi aku.

2) Bulan ini lah kita dapat lihat masjid dan surau dipenuhi untuk majlis² ibadat. Semua orang pon akan mendekatkan diri kepadaNya.

3) Bulan Ramadan ini bukan sahaja dapat menahan lapar, dahaga tapi lebih dari itu. Bulan untuk kita mengawal mata, telinga, mulut dan seluruh anggota badan. Kalau boleh, pause dahulu yang mana tidak baik itu, dan jika baik lagi, delete terus. Bulan yang dapat munasabah diri kita ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

4) Bulan Ramadan jugak kita dapat lihat setiap hari ada bazar di sebelah petang.

5) Bagi aku, bulan Ramadan adalah syurga makanan. Mana² pergi pon, makanan mesti ada.

6) Bulan yang mendapat ganjaran yang besar sekiranya kita beribadat kepadaNya dan bulan yang sesuai untuk kira nilai diri kita balik. Buang yang mana ada tompok hitam dan jernihkan jiwa.

.
.
.
.
.
Sama² lah kita manfaat kan bulan yang mulia ini sebaik mungkin. Jangalah kita cemarkan bulan yang mulia ini dengan perkara² yang tidak sepatutnya. Sepanjang bulan Ramadan ini, dah banyak kes buang bayi aku dengar. Sakit telinga ini, sampai nak bernanah dah ! Haih.

0 sumpahan: