Tuesday, January 25, 2011

People #2

Kebelakangan ini aku asyik mendengar berkenaan kehadiran orang ketiga dalam perhubungan. Lagi-lagi waktu pagi tadi, entah macam mana, sebelum pergi kelas, aku boleh layan radio Hot Fm. Gila tak stail. Pagi tadi 'hot chat' berkenaan kehadiran orang ketiga. Memang hot habis.

Bila bercakap mengenai kehadiran orang ketiga dalam hubungan ber-couple, aku tak berapa nak kisah sangat. Sedih dia tak sesedih macam orang yang dah berkahwin dan beranak-pinak. Sebab, couple itu, kau tak nampak jalan lagi. Ada orang couple sampai bertahun-tahun, tapi tak jadi kawen jugak. So, memang aku tak sedih sangat lah. Sikit je kot.

Bercakap pasal orang ketiga, aku memang tak berapa nak gemar sangat. Kalau kau tak tahu yang kau ni 'orang ketiga' takpe, kira boleh dimaafkan lagi, tapi kalau kau dah tahu, dan masih tergedik-gedik, memang nak makan penampar.

Perempuan sanggup sakitkan hati perempuan yang lain sebab nak dapat apa yang diimpikan. Macam tu ke?

Aku bercakap bagi pihak perempuan, sebab aku perempuan.

Sebelum nak buat naya dekat orang, kau kena ingat yang Tuhan itu Maha Adil. What you gives, it gives you back. Itu karma. Kalau bukan kena dekat kau, maybe dekat keturunan kau.

Sebab itu, selalunya-lah kan, orang yang rampas hak orang ni, hidup tak bahagia. Kejap je lah rasa bahagia itu, tapi lepas tu dah tak nampak dah tang mana bahagianya itu.

Nak berkat macam mana, kalau jenis rampas-rampas hak orang. Yer dak?

Kalau boleh, cuba elakkan daripada jadi orang ketiga, ambik tunang orang, suami orang segala. Benda tak baik, jangan buat.

Rampas hak orang ni, sedih dia bukan main bagi yang menanggung. Aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri, macam mana orang itu rasa. Hilang selera makan tiba-tiba, kurus gila, dah tak nampak macam orang dah, cengkung. Semua sebab sedih. Bila terjadi macam ni, dah tak nampak orang lain dah, family sendiri saja yang ada.

'Menjadi orang ketiga dalam sesuatu perhubungan, adalah satu kesalahan besar'- Anonymous.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Anonymous tu bukan lah siapa-siapa, aku yang cakap. Saja nampak macam orang berfalsafah sikit. Haha

5 sumpahan:

wafa' az-zar'a said...

jan cuba jd yg ketiga emma . yg keempat tape . he he he . bia cukop korum .

peace no war

Izmir Fadzil said...

aku harap hubungan aku kekal sampai bebiler.

Peminat Katie Holmes said...

betul2. Satu kesalahan besar.

lesungpipitsebelah said...

0uuuhhhh~
Tuhan je yg taw..
T_T

GigiWangi said...

wafa' az-zar'a,
Takmau yang ganjil-ganjil eh. Haha. :)

Izmir Fadzil,
InsyaAllah. Amin!. Aku doakan.

PKH,
Right!

lesungpipitsebelah,
Tuhan je yang tahu, tapi kita kena usaha untuk elakkan. :)