Sunday, April 17, 2011

.

Macam orang selalu cakap, "berkawan bertiga ini tidak elok" sebab bila berjalan berdua, yang sorang akan tertinggal dekat belakang. Bila berbual berdua, yang sorang akan terasa hati sendiri. Bila yang berdua ke sana ke mari, yang seorang akan cuba mengasingkan diri.

Itu apa yang aku rasa.

Hati perempuan tak macam hati lelaki. Hati perempuan ini fragile. Mudah terasa.

Dalam banyak-banyak kawan yang aku ada, mesti ada seorang yang paling rapat. Yang aku boleh kongsi segala jenis macam masalah yang aku ada. Tapi Tuhan selalu uji aku, Dia datangkan seorang kawan kepada aku dalam waktu yang singkat. Sangat. Kemudian Dia ambil balik.

Aku tidak punya kawan yang orang bilang; BFF.

Aku punyai ramai kawan, tapi kawan yang betul-betul kawan semasa susah senang ada bersama aku, memang payah nak jumpa.

Mungkin belum jumpa, tapi aku masih mengharap.

Sebab itu dalam persahabatan, aku mahukan persahabatan yang sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu taksub dengan mereka, sebab bila mereka buat onar dengan aku, aku tidak akan berasa sangat disakiti.

7 sumpahan:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

SETUJU!!
jgn terlalu mengharap dan memberi harapan kepada sesiapa termasukalah kawan. . .
diri sendiri adlh kwn terbaek untuk kite. . .heee~

ciktipah said...

ak paham apa yang ko rase.
ko kna ingat Allah tu nak uji ko tuhh. bab kawan ni ak rase ak mang tak bole nak komen pape. satu hari nanti ak rase ko akan jumpe gak kawan yang mang bole share bagai ngan ko. tapi macam ak cakap, sume tu amek mase. chill sudaa. ke ke

GigiWangi said...

Kak Wan,
Kan. Itu apa yang saya rasa. Kadang-kadang, bilakita buat baik dekat kawan kita, belum tentu dia pun akan buat benda yang sama pada kita. :)

ciktipah,
Yup, tunggu masa je lah. Tapi bile ?

lesungpipitsebelah said...

hurmm..

GigiWangi said...

lesungpipitsebelah,
:)

tangan said...

aku fragileee :)

GigiWangi said...

tangan,
Kuatkan !