Monday, April 25, 2011

Rezeki itu kerja Tuhan

Aku suka setiap kali bercakap soal rezeki. Sebab bagi aku, rezeki ini macam ada kuasa magis. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang Tuhan nak bagi dekat kita. Puaslah usaha segala bagai, tapi kalau Tuhan tak nak bagi rezeki itu dekat kita, memang takde lah. Tapi, Dia akan gantikan sesuatu yang jauh lebih baik.

Kadang-kadang kita boleh lihat, ada orang dulu masa belajar dekat U, ambik kos lain; tapi bila dah kerja, kerja lain, kerja yang takde kena-mengena masa belajar dulu. Ada kan ?

Dulu, masa abang aku di tahun satu dekat U dia, dia selalu cakap subjek dia susah. Susah, paling susah. Sebagai seorang adik yang baik, aku selalu bagi semangat dekat dia. Aku cakap, memanglah susah, kalau senang, ramailah orang yang tak pandai nanti. Sebab senang sangat lah pulak. Hihi. Padahal aku main cakap jeee, susah macam mane tuh, aku boleh agaklah sampai kurus kot abang aku. Erkk.

Lepas tu, dia selalu cerita, kawan-kawan dia ada yang give up, nak keluar dari kos ini. Ada yang apply SPA dan cikgu. Bila abang aku cerita macam ni, mak aku dah mula cuak, sebab dia takut abang aku mula nak buat perangai. Tapi, macam aku cakap, kalau Tuhan dah kata itu memang rezeki kita, apa jadi sekalipun, benda itu memang untuk kita.

So, baru-baru ini, benda yang sama jadi dekat kawan abang aku, jadi dekat kawan aku sendiri. Mungkin bukan rezeki dia nak jadi engineer. Aku ingat lagi dulu masa spm, result dia kemain lagi gempak. Mesti dia kecewa sangat. Tapi, mana tahu, Tuhan nak bagi yang lebih baik untuk dia. Siapa sangka kan ?

Okey, contoh lain; tak payah ambik orang lain, aku cerita hal aku. Dulu, aku tak pernah terfikir langsung nak join cikgu ini. Memang takde dalam list aku nak jadi seorang cikgu. Dulu, cita-cita aku lain. Nak jadi akauntan. Aku punya lah usaha bagai nak rak semata-mata untuk kejar cita-cita aku ini. Tapi, dah ditakdirkan akhirnya aku end up jadi cikgu jugak. Dapatlah belajar di sini. Usaha macam mana pun yang aku lakukan, tapi kalau Tuhan dah kata kun faya kun, maka inilah hasilnya. Siapalah aku nak lawan kuasa Dia.

Lagi satu, kalau uols perasan, kawan-kawan zaman sekolah yang cemerlang, yang muka dia jeee setiap tahun ambik hadiah untuk anugerah cemerlang, tapi bila dah masuk U, belum tentu dia akan dapat Dean List. Perasan tak ?

Rezeki itu ada di mana-mana. Dan kita takkan tahu pun.
Itu kan kerja Tuhan.

Mungkin sekarang aku belajar di maktab untuk menjadi seorang guru, dan mungkin juga 10 tahun dari sekarang, aku akan end up menjadi seorang businesswoman ke. Siapa tahu kan ?

6 sumpahan:

Mimie.Candy Cane said...

rezeki mmg ada,cepat dengan lambat je..rezeki kena tarik balik pun ada jugak..cuma cepat dengan lambat je..gelang AC mizal misalnye..*tibe2*

syamimi fatin said...

ye, tersangatlah betul... rezeki masing2 Allah dh tetapkan... bukan kita yg tntukn ^_^

mynamealia said...

betul tu. rezeki ada d mana2 :)

p/s: uit jiran sebelah, i dh jumpe ur blog lah! haha

GigiWangi said...

Mimie.Candy Cane,
Betul. Cepat atau lambat jeee. Apa-apa pun, kena berdoa :)

syamimi fatin,
Kan :)

mynamealia,
Erk, salah jiran ni !

tangan said...

haha. Gasaklah kau kau yang takbersyukur dengan apa yang dapat ehe

GigiWangi said...

tangan,
Shut up ur mouth !