Saturday, July 16, 2011

Versus


Buku yang aku sedang hadam sekarang. Buku kedua Hlovate selepas Contengan Jalanan. Seronok di baca dan aku sedang mengumpul kesemua buku-buku Hlovate. Sangat best.

Bagaimana AO (Ashraff Omar) berubah dengan pusingan 180 darjah dalam mencari Tuhan. Berubah untuk yang lebih baik.

Betullah kata orang, "hati itu milik Allah, dan kalau Allah dah bagi kita hati itu, tapi kita takde usaha untuk perbaiki, jangan sampai Dia merajuk dengan kita dan takkan bagi lagi hati itu".

Sebagai hamba Allah, 'baik' bagi definisi aku ialah, "orang yang amalkan amar makruf nahi mungkar. Yang tahu jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, yang buat segala suruhan Allah, dan cuba untuk tinggalkan apa sahaja yang Allah suruh".

Itu 'baik' bagi aku.

Tapi tidak lepas aku baca buku ini.

Rupa-rupanya masih banyak lagi benda yang aku sendiri pun tak tahu.

Terasa diri begitu kerdil.




Salam Nisfu Sya'ban semua :)

2 sumpahan:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

best!!
sgt best. . .
teruskn bc karya hlovate cz byk sgt ilmu yg bole dpt duniawi n ukhrawi~

GigiWangi said...

Kak Wan,
Yup. Memang tengah nak cari semua buku-buku dia. Best kan. :)