Wednesday, October 5, 2011

Tak semua orang suka cara kita

Manusia memang ada macam-macam fi'il. Bukan dengan semua orang kau boleh masuk. Kadang-kadang kau boleh ngam dengan sepolan ni, tapi bila dengan sepolan ni pulak, kau tak boleh.

Lain orang lain perangainya.

Kita tak perlu anggap yang semua orang suka dengan kita.

Ada orang benci dengan cara kau jalan, ada orang benci cara kau makan, ada orang benci kemain dengan cara kau cakap. Itu belum lagi masuk perihal pendapat.

Pendek kata, segala-galanya mengenai kau adalah annoying.
(Duhh, sampai macam tu sekali)

Benda ni bukan jadi dekat aku, tapi dekat kawan aku. Tak perlu nak terlalu memikirkan benda ni sangat. Take it as a challenge.

Tapi kawan aku balas, "kau cakap boleh lah, tak rasa apa yang aku lalui". Huh !

So, bila terjadi benda-benda macam ni dekat anda, jangan risau.
Tak perlu susah hati dan berdukacita.

Nasihat aku, katakan pada sepolan-sepolan yang double annoying itu, "lantak kau lah, bukan kau yang bagi aku makan".

2 sumpahan:

Pencari Cinta Sejati said...

begitu, sukar untuk mencari teman yang sebenar, malah yang "double annoying" itu memang ramai dengan kelompok sendiri. Kita sepi tanpa teman, tapi ALLAH itu ada.

GigiWangi said...

Pencari Cinta Sejati,
InsyaAllah, kalau letak Allah dekat tempat paling tinggi, hidup kita takkan sunyi. Yer dak ? :)