Monday, December 19, 2011

Mereka cakap student UPSI ni anak tiri, student IPG ni anak kandung

Kalau dulu, bila sebut pasal bidang perguruan, ia adalah satu bidang yang sentiasa diperlukan. Sebab peratusan guru diperlukan setiap tahun akan meningkat.

Jarang nak dengar guru menganggur.

Tapi sekarang, pelajar yang graduated UPSI dan dari mana-mana universiti pun belum tentu boleh jadi cikgu.

Masa dah berubah, zaman pun dah berlalu.

Bila baca artikel ini (klik), bukan aku nak dabik dada cakap, "beruntung dapat tempat, selamat lah kerja aku dah terjamin sebab belajar dekat IPG tak macam pelajar UPSI". Bukan. Bukan.

Aku ada masa lagi 3 tahun nak habis belajar.

Maknanya, situasi akan berubah. Mungkin bukan kena dekat tahun aku, tapi mungkin kena dekat junior-junior ke.

"Student IPG yang layak menjadi cikgu adalah pelajar yang memperoleh pointer 3.8 dan ke atas dan tiada kesalahan tatasusila selama meneruskan pengajian".


Kalau macam ni, tak ke haru hidup aku. Arghh.

Well, masa berubah, zaman berlalu, hari silih berganti. Kita tak tahu pun apa yang ada dekat depan. Entah aku ni lepas ke jadi cikgu ke tidak. Wallahu'alam.