Tuesday, February 7, 2012

Kehidupan ini bukannya sentiasa indah

Aku dididik dalam kalangan keluarga yang kalau kau nak sesuatu benda, kena ada usaha sendiri. Kadang-kadang cemburu jugak dengan sesetengah family yang bagi apa sahaja apa yang anak dia mintak. Tak kira lah benda itu mahal ke murah ke. Semua yang anak dia mintak, dia bagi.

Tapi tidak bagi family aku. Kalau benda yang aku nak itu mahal, memang lagi lama lah nak dapat. Dari kecik lagi mak dengan bapak aku dah ajar macam itu. So, kami adik beradik dah faham sangat.

Dulu masa kecik-kecik, bila aku cakap aku nak tukar badminton baru, bapak aku mesti buat tak tahu je. Dia suruh jugak pakai yang lama. Dan salah satu tabiat buruk bapak aku ialah, dia suka buat-buat tak dengar apa yang anak dia cakap/mintak. Tapi dalam ramai adik beradik, aku lah yang banyak songeh. Ada je benda yang nak kena tukar selalu. Hehe :P

Kadang-kadang sedih jugak, bila tengok orang lain ada adik beradik ramai jugak macam aku, mak bapak diorang kerja sama je macam mak bapak aku, tapi diorang dapat je apa yang diorang nak. Aku ni, kalau nak benda itu, bukan boleh terus dapat. Nak kena tunggu bertahun baru dapat.

Sebab aku bukanlah orang yang bertuah, bila tiap kali birthday je, ada orang nak bagi blackberry, ada saja orang nak bagi kereta sebijik. Itu bukan lah aku.

source gambar: fesbuk

Tapi, bila dah besar ni, kita sendiri pun dah boleh fikir, yang mak bapak kita nak suruh kita berdikari sebenarnya. Bak kata orang putih, "experience is the best teacher".

Macam mana kita susah hari-hari nak ikat perut sebab dah aim barang yang kita nak dan macam mana kita hargai barang itu. Sebab, barang yang kita dapat dengan hasil titik peluh sendiri lain rasanya dengan barang yang langsung bukan usaha kita sendiri.

Macam mana kita jaga barang yang orang bagi dengan barang yang kita beli guna duit kita sendiri. Lain sungguh rasanya.

Jadi, kepada anda di luar sana yang sering alami nasib yang sama seperti saya ini, janganlah bersedih. Kita usaha sendiri, kita alami kepuasan dengan menggunakan duit kita sendiri. Baru syooook ! Yer dok ?

2 sumpahan:

sea_lavender said...

sme la kte fatimah~~
terasa2 hehe =D yg byk songeh kte la~~ ngeee.. pe2 pn bersyukur atas nikmat kurniaan Allah..

GigiWangi said...

sea_lavender,
Sama ? Okey, gimme five ! Heee ;)