Tuesday, April 10, 2012

2 in 1

Blog ni dah lama tak ter-update. Idea nak update dah makin kurang. Ada banyak nak cerita, tapi tak tahu nak luahkan macam mana. Mungkin ada benda yang boleh di-share, ada benda yang biarlah aku pendam dalam hati je. Huuuuuuuu. Jadi, tak ramai orang yang datang bertandang. Tak kisahlah kan. Macam lah sebelum-sebelum ini ada orang nak baca blog picisan aku ini. Hehe.

Jadi, bulan 4 ini merupakan bulan yang boleh dikatakan agak busy bagi aku. Bukan agak dah. Memang busy gila-gila. Semua laporan nak kena hantar bulan ni. Ini pun baru lepas buat esei pasal politik. Baru buat sekerat, badan aku dah lenguh-lenguh. Entah bila lah nak siap.

Voucher buku dah dapat untuk maktab aku. Baru dapat minggu lepas. Nak pergi berjimba-jimba dengan voucher buku pun tak menyempat-nyempat. Sudahnya, pergi habiskan voucher buku di Tesco belakang maktab ni je lah. Apa yang aku perasan, gila mahal barang-barang alat tulis. Alat tulis je pun. Entah apa yang aku beli, tup tup dah habis voucher RM100. Dalam sekelip mata. Itu baru alat tulis jeee. Buku cerita ke, novel ke tak beli pun lagi.

Sebagai pengguna berhemah, aku buat perbandingan harga dengan harga alat tulis di dalam Tesco dengan harga alat tulis di kedai buku tersebut. Ternyata, harga alat tulis di kedai buku itu melampau-lampau naik. Haish. Bayangkan, pensel warna 24 batang Fabel Castell di Tesco adalah RM16 dan di kedai buku itu-RM21. Gila. Sampai RM5 beza. Cisss !

Tapi nak tak nak, aku beli jugak lah pensel warna itu dekat kedai-buku-cekik-darah dengan menggunakan voucher buku 1Malaysia. Sebab kalau tak guna, kang tamat pulak dah tempohnya. Dah lah sampai hujung bulan ni jeee. Jadi, manfaatkanlah voucher buku anda. Selamat membeli.

Apapun, terima kasih diucapkan kepada kerajaan Malaysia :)

Ini cerita 2 minggu lepas :

2 minggu lepas aku dengan classmates jalankan aktiviti Bina Insan Guru (BIG III) di Rumah Anak-anak Yatim dekat Kulim. Kali ni punya aktiviti, macam biasa; aktiviti kemasyarakatan. Sebenarnya ini first time aku pergi tempat-tempat macam ni. Tempat yang mana ada individu yang tidak bernaasib baik. Semua sekali ada 29 orang penghuni. Tapi malangnya, budak-budak dekat situ dah besar-besar. Semua dah sekolah menengah. Adalah dalam 2 3 orang je budak sekolah rendah. Jadi, bila aku dengan kawan-kawan lain jalankan aktiviti dalam kumpulan, memula diorang macam tak nak join. Yelah, dah besar kan. Aku takut jugak kalau diorang cakap boring ah game ni ke apa ke kan.

Tapi lama-lama okey. Benda ni jalan dengan smooth. Nak approach diorang tu yang susah. Sebab tak ramai yang boleh bagi kerjasama. Overall, seronok dan sangat-sangat best tapi ada jugak yang malu-malu sebab semua penghuni dekat situ adalah lelaki. Jadi, diorang malu sikit lah dengan aku. Cehh !

Tapi, yang aku perasan, diorang sangat tak berkenan bila nak tangkap gambar. Kalau orang lain, kemain eksaited bila orang dah keluarkan dslr. Tapi mereka di situ, macam tak nak bergerak. Bila aku cakap nak tangkap gambar, diorang boleh cakap, "alaa, akak tangkap lah gambar sorang-sorang".

-.-
(kecewa hatiku ini)

Bukan sorang dua yang tak nak. Boleh dikatakan hampir semua tak nak. Padahal masa itu, diorang dah kamcing gila dah. Dah boleh masuk dengan kita semua. Apahal haaaa ? Muka aku menakutkan ke ? Cisss !

Notakaki : Siapa tahu, Pesta Buku yang dijadualkan akhir bulan ni, terima voucher ke tak ? Kalau terima, aku nak sorok siap2. Heeee

0 sumpahan: