Thursday, May 3, 2012

20120428

Isu Bersih 3.0 :



Ada banyak video berkaitan BERSIH 3.0 di-youtube. Boleh search sendiri.

1. Kemain semua orang nak pung-pang update status pasal isu BERSIH. Boleh dikatakan news feed aku waktu itu penuh dengan semua benda-alah ini. Setiap saat bertukar. Semua orang tak nak ketinggalan der !

2. Yang anak murid baru darjah 6 pun dah hebat nak cakap pasal isu ini. Peh !

3. Sebagai seorang pencinta keamanan, nak tak nak aku kena ambik kisah pasal benda ini.

4. Aku perasan yang aku punyai kawan-kawan yang seimbang jumlahnya; iaitu baik yang pro-BERSIH atau tidak. Jadi, aku kena sentiasa berhati-hati. Hahaha.

5. Macam biasa, tv3 memang sentiasa buat kelakar.

6. Yang peniaga bengang gila sebab buat BERSIH ini. Tiap kali nak buat demonstrasi mesti area Masjid Jamek. Apa diorang takde tempat lain ke?

7. Sebenarnya-kan, orang yang tak pergi BERSIH ini lagi banyak pung-pang dia daripada orang yang pergi. Ada pulak itu, siap maki hamun lagi dekat status. Aku geleng kepala saja bila baca.

8. Lain kali, biar yang pergi sahaja cerita pengalaman mereka macam mana. Yang tak pergi, duduk diam-diam dan dengar. Ini yang tak pergi pulak nak melebih-lebih. Duhh.

9. Yang anti-BERSIH gunakan isu penyokong BERSIH rosakkan kereta polis dan yang pro-BERSIH, gunakan isu seorang penyokong mati dilanggar. Dua-dua salah.

10. Aku tak berapa suka kalau libatkan kanak-kanak dalam demonstrasi ini. Lain kali kalau nak buat demonstrasi, tolonglah jangan bawak kanak-kanak. Tinggalkan je dekat rumah, tapi kalau dah takde siapa nak jaga dekat rumah, tinggalkan lah dekat rumah jiran sekejap. Walaupun jiran kau itu anti-BERSIH. Rasanya, tak sempat kot jiran kau itu nak brainwashed anak kau. Keh3.

11. Kanak-kanak cepat belajar melalui apa yang mereka nampak. So, tak baik untuk tumbesaran mereka.

12. Isu politik ini sensitif. Silap tulis, memang orang bahan. Jadi, kena hati-hati. Hehe

13. Jangan bergantung melalui satu sumber bahan bacaan sahaja, lepas itu dah boleh buat konklusi. Cubalah rajin-rajin kan diri baca media-media lain.

14. Janganlah percaya sangat apa yang ditulis di fesbuk. Buka mata sikit, banyak lagi bahan bacaan online yang boleh diperolehi.

15. Aku masih tak faham kenapa kerajaan tak nak tunaikan 8 tuntutan yang BERSIH nak ini.

16. Tolong jangan hina pak-pak polisi. Sebab mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Kalau rumah kau kena rompak sekalipun, dekat polis juga kau nak mengadu, kan.

17. Aku boleh dikategorikan sebagai orang yang dah layak untuk mengundi. Bila jadi kes macam ni, aku pun tak tahu nak undi yang mana satu.

18. Bak kata Wardina, "Everyone has their views on BERSIH. Oppose, support or simply don't care. Let's just respect that".


Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman damai, makmur dan sentosa hendaknya.

0 sumpahan: