Sunday, June 10, 2012

Orang Jepun cakap Jawa

Bersempena dengan cuti sekolah yang berlangsung selama dua minggu yang lepas, selain daripada menghadap laptop, tengok movie, online, makan, tidur, dan jalan-jalan. Tugas aku yang lain adalah melayan ceramah-ceramah online di youtube.

Adalah jugak faedah/ input bila orang tanya, "cuti-cuti ini buat apa?" Yer dak ?

Jadi, dengan kehangatan ceramah-ceramah agama di internet seperti ceramah Ustaz Don dan ceramah UAI, aku juga turut tidak ketinggalan untuk menambah ilmu akhirat yang serba kurang ini.

Tapi, antara dua orang penceramah hebat ini, aku paling boleh hadam isi yang disampaikan dengan baik menerusi ceramah Ustaz Don.

Bukan.
Bukan aku pilih ustaz Don pasal dia handsome, pasal dia belum kahwin lagi, pasal dia smart ke, pasal dia digilai oleh gadis-gadis cun di luar sana...
Bukan .Bukan.

Tapi sesungguhnya, aku tak faham UAI cakap apa.

Itu masalah aku. Aku memang susah nak faham dan hadam dengan baik loghat orang.
My bad.

Aku dibesarkan di negeri Selangor. Bersekolah dari tadika sampailah habis tingkatan lima juga di negeri Selangor. Habis tingkatan lima, bila kena duduk asrama, aku macam alien yang datang berkawan dengan manusia. Macam-macam loghat aku kena dengar dan kena faham. Tapi banyak-banyak loghat, loghat dari Pantai Timur paling aku menyerah kalah. Tak boleh nak faham sangat. Lagi-lagi kalau orang itu cakap laju, memang diam jeeee lah aku tak bersuara.

Pernah dulu ada situasi di mana; orang Pantai Timur ini panggil gula-gula sebagai cokelat. Jadi, kawan aku mintak cokelat dekat aku. Aku cakap takde. Tapi dia nampak aku makan. Lepas itu tak pasal-pasal dia cakap aku kedekut taik hidung masin. Aku cakaplah, kenapa pulak ? Ini bukan cokelat, ini gula-gula. Terus dia kata, samalah itu.

Orang Pantai Timur; GULA-GULA= COKELAT
Orang Selangor; GULA-GULA= adalah gula-gula, COKELAT adalah coklat.
Tengok. Ini bikin aku confius.

Situasi kedua, loghat orang Kedah.
Masa ini ada kenduri dekat rumah kawan aku. Tengah main dengan budak-budak. Aku nak balik, jadi nak bersalaman dengan budak-budak. Budak itu namanya Akil. Berumur dalam lingkungan 5tahun (lebih kuranglah, aku tak ingat)

Tiba-tiba kawan aku cakap : Akil, ameeen (macam ni kot nak eja) kakak. (sambil hulur tangan dekat aku)

Yang aku mulut ternganga. Ameen ? Apa benda itu ? Setahu aku nama budak itu Akil. Mana pulak lagi sorang ameen ?

Aku : Ameen mana pulak ? Ni kan Akil.

Kawan aku: Ameen itu salam. Bahasa budak-budak.

Aku : Ha?

Akil : Tengok aku dengan muka yang pelik.

Ini lagi satu confius. Dulu aku kecik-kecik takde pun perkataan itu. Ke sesetengah tempat je. Ciss, dah lah budak si Akil itu tengok dengan muka pelik. Mesti dia ingat aku ni dari keturunan mana lah tak reti bahasa.

Ini baru dua loghat. Belum lagi masuk Sabah Sarawak punya loghat lagi. Masaklah kau. Kena posting dekat tempat-tempat macam ni, baru lah kau tahu. Huehuehue ;P

3 sumpahan:

AzLaN said...

hahaha! apa lah kau, dulu bljr kat dungun, takkan tak reti speaking ganu kott?? :P

GigiWangi said...

AzLaN,
Hahaha. Kejap je weh, duduk dungun tu. duduk situ pun, bukan bergaul dengan orang lain, dengan alyaa jugak. tak sempat nak bergaul mesra dengan orang di sana. ;P

[ a D D y ] said...

ameen..haha wa rasa tu bukan loghat kot..tu salah didikan tu..haha