Saturday, October 13, 2012

Cikgu Okey

Itu settled. Ini settled. Alhamdulillah. 

Cuma tinggal beberapa portfolio je lagi nak kena edit sikit. Macro teaching aku dah selamat present kesemuanya. Otak aku sekarang tengah ligat untuk ulangkaji disebabkan exam yang bakal berlangsung lagi dua minggu. 

Entah apa aku belajar semester ini pun macam ingat-ingat lupa. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Jammed !

Oh, sebenarnya aku nak bercerita pasal macro teaching aku. Buat macro teaching di depan kawan-kawan sekelas merupakan satu cabaran yang besar berbanding mengajar budak yang betul-betul budak.

Tapi, ada beberapa komen lecturer yang bagi aku sangat kelakar (kot). Komen mereka (pensyarah) mengenai macro teaching aku :

Komen pensyarah A :
  1. Ada gaya seorang guru *angkat-angkat kening*
  2. Penggunaan perkataan "okey" terlalu kerap dalam pengajaran

Komen pensyarah B :
  1. Suara terlalu sekata. Takde intonasi. Ini nak masuk Akademi Fantasia ke ?
  2.  15 kali perkataan "okey" awak sebut didepan tadi.

Sebenarnya ada banyak lagi komen-komen lecturer (biasalah, lecturer kalau komen mana ada sikit-sikit) mengenai pengajaran aku, cuma aku je yang tak ingat apebenda. Hehe

Tapi, komen yang nombor 2 itu aku paling ingat lah. Well, perkataan okey memang aku perasan aku guna banyak kali tapi tak sangka lah pulak sampai lecturer perasan. Keh3.

Contoh :
"okey, semua sihat hari ini ?"
"okey, yang kat belakang itu boleh dengar?"
"okey, siapa yang tak siap lagi?"

Ulasan pensyarah :
 Ada sesetengah murid yang tak fokus dengan pengajaran cikgu. Takut nanti budak itu bet dengan kawan dia untuk kira berapa kali perkataan "okey" yang digunakan cikgu ini. Takpun, nanti digelar "cikgu okey".

Keh3.

Entahlah, aku memang tak teringat nak tukar perkataan itu bila didepan. Sepatutnya boleh je kalau nak guna "kemudian" "seterusnya" tapi itulah, memang tak teringat pun. Duhh. Mungkin nervous pun salah satu faktor jugak kot.

Tapi takpelah, benda ni masih boleh diperbaiki.

Tapi comel apa, "cikgu okey". HAHA

0 sumpahan: