6 Peringkat Teman- Wani Ardy
Peringkat satu – Teman yang sekadar tahu nama dan rupa kita. Itu saja. Saling bercakap lapik. Saling suka sebab saling nampak molek dalam bercakap lapik tadi. Semata berbual perkara positif atau isu ringan yang membuah senyum dan gelak.
Peringkat satu – Teman yang sekadar tahu nama dan rupa kita. Itu saja. Saling bercakap lapik. Saling suka sebab saling nampak molek dalam bercakap lapik tadi. Semata berbual perkara positif atau isu ringan yang membuah senyum dan gelak.
Peringkat dua – Sepanjang meluang masa bersama dan berkongsi
pelbagai cerita, kelakuan dan pemikiran masing-masing akan terserlah.
Ketidaksamaan tersingkap.
Peringkat tiga – Teman buat keputusan (secara sedar atau tidak)
sama ada mahu rapat atau jadi teman biasa. Teman biasa ialah teman yang hanya
sesekali berjumpa, jadi kurang peluang bertemu cela. Kekal indah. Kurang rumit.
Teman biasa habis di peringkat ini. Peringkat selamat. Teman rapat lanjut ke
peringkat seterusnya.
Peringkat empat – Teman rapat dalam proses membiasakan diri dengan
kelakuan dan pemikiran kita. Kalaupun dia tidak setuju, dia tidak meninggalkan.
Sama ada dia tempelak, atau dia tegur, atau dia diam. Diam ada dua jenis: Diam
dan lama-lama borak belakang, atau diam dan lama-lama matang (untuk berfikir ah semua
orang ada buruk atau ah semua orang lain-lain.) Kurang expectation.
Lahir appreciation.
Peringkat lima – Setelah melalui beberapa fasa susah-senang,
timbul rasa ambil berat dan belas kasihan. Dalam fasa yang paling payah, sudut
diri kita yang paling hodoh akan terdedah. Waktu ini, teman yang rapat akan
cuba cari persamaan dan tumpu pada kebaikan kita. Jika sayangnya banyak, dia
akan jumpa. Jika sayangnya sedikit, dia takkan jumpa. Dia paling celik pada
keburukan kita, pada perbezaan di antara, dan (secara sedar atau tidak) mula
menimbal sama ada mahu menjauh atau tidak. Di peringkat ini, kalau kita
ditinggalkan teman rapat, hampanya setanding putus cinta. Dan kita belajar
betapa luasnya konsep rejection.
*Ambil nota bahawa ini bukan soal
siapa baik-siapa jahat, atau siapa betul-siapa salah. Ini soal pilihan. Yang
mana kita semua berhak. Jika kita tidak dipilih, bukan bermaksud dia sial atau
kita sial. Ia bermakna kita emas bagi orang lain.
Peringkat enam – Tinggallah teman yang sebenar. Teman yang sebati
dengan kita. Terima kita, peluk kita tanpa banyak soal. Matanya sudah
menjangkau cacat kita. Melihat kita sebagai kita. Titik.
1 sumpahan:
aku suka post ni :)
Post a Comment