Wednesday, June 19, 2013

Lelaki macho- bapa

So, hari Ahad lepas merupakan hari bapa bagi seluruh bapa-bapa di dunia ini. Di kesempatan ini juga, aku nak coretkan perihal bapa aku. 

Kebarangkalian untuk bapa aku baca blog ini amat tipis, tapi takpelah. At least ada benda nak dikenang atau dibaca kembali bila aku dah tua-tua nanti. Hihi

Kalau dia baca pun, aku akan malu sendiri nanti. Kah3. 

Aku panggil bapa aku - baba.

Aku sendiri pun kurang pasti kenapa kami adik-beradik panggil ayah kami- lain daripada keluarga lain. Baba, something macam baba nyonya (kot?) Haha.

Well, aku dengan baba ni jenis tak sebulu. Jenis pendapat masing-masing nak menang. Kepala batu mungkin. Banyak-banyak anak yang dia ada, mungkin akulah satu-satunya anak dia yang selalu beri penyakit kepada dia- menaikkan darah tinggi dia. Hehe.

Tapi sekarang ni dah besar, pemikiran aku pun dah semakin matang. Ya, ada benda yang kadang-kadang kita tak setuju dengan parents kita, tapi lama-kelamaan semua tu untuk kebaikan kita jugak.

Well, hari ini merupakan hari jadi baba yang ke-52. Seumur hidup, memang aku tak pernah wish birthday face to face dekat baba. Haha. Mungkin agak pelik, bagi sesetengah keluarga, tapi kami adik- beradik rasa janggal pulak nak wish. 

Dan pagi tadi, aku tanpa segan silu, message baba, "Happy birthday. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan". Dan dia reply, "Thank you. I'm getting old and weak".

Haha

Nampak tak, betapa nak wish pun, tak boleh direct. Kena taip. Tak biasa, dan rasa kekok. I don't know why. Mungkin kami tak biasa. Kah3. 

Dan mungkin dia ingat, anak-anak dia tak ingat birthday dia. Aku ingat, cuma aku hanya titipkan doa saja lepas solat. Aku jenis tak reti nak tunjuk depan-depan.

Kalau telefon rumah pun, tak cakap banyak dengan baba. Tanya ibu semua okey ke ? Tak reti nak sembang santai dengan baba. Hihi. Mungkin perangai lelaki kot. (eh?)

So, happy birthday kepada baba. semoga terus sukses, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Dan kepada seluruh walid, abi, daddy, abah, ayah, papa, baba- semoga terus sukses dan membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhaiNya. 

Aku ada baca status seorang rakan fesbuk yang aku rasa terkesan, "Hari bapa ramai kawan2 fb especially pompuan wish n cakap sayang ayah die bagai. sorry, tp jgn kecik ati. Sayang anda tidak kemana jika aurat masih lagi tidak ditutup. Buang ke laut la sayang itu. Kerana di dunia ok la tp bila di akhirat ayah kamu dicampakkan ke neraka atas sayang kamu utk menutup aurat. Sorry lah bukan nak menghina tp menegur. My due seng".

Ayah tak akan peluk anaknya macam mak selalu buat. Biasanya, ayah akan berlagak macho. Tapi, jauh-jauh dia pandang kita dengan penuh kasih sayang. Tahniah kepada yang bergelar bapa-bapa sekalian. Anda memang hero kami :)

0 sumpahan: