Masuk minggu kedua cuti persekolahan, hari ini baru berpeluang nak update. Passion untuk menulis makin lama makin hilang pulak. Di mana kah kau menghilang? Hehe
Untuk aktiviti cuti persekolahan, saya tidak lah ke mana-mana. Tidaklah ke luar negara mahupun ke luar negeri bagi mengisi masa-masa cuti ini. Hanya duduk di rumah sahaja. Family saya bukan macam family orang lain. Kami tidak gemar berjalan-jalan ke sana mahupun ke mari. Lebih suka duduk di rumah menghabiskan masa bersama-sama. Rumahku syurgaku. Gittew.
Jadi, marilah lihat apakah yang saya lakukan sepanjang cuti persekolah ini.
#1. Menjahit
Siapa sangka, tangan yang kasar dan keras macam saya ini boleh menjahit akhirnya. Terus terang saya cakap, menjahit ini sememangnya memerlukan kesabaran yang sangatlah tinggi. Kena betul-betul sabar. Sebelum ini saya tidak pernah sentuh mesin jahit. Tak pernah guna. Nak cuba pun jarang sekali. Tapi akhirnya, lihatlah duniaaaaaa. Saya berjaya menjahit baju kurung saya sendiri. Saya hadir ke kelas menjahit pada hujung tahun lepas. Kelas selama dua hari. See, dua hari belajar dah pandai terus jahit baju kurung. Nampak tak, saya ini senang betul nak diajar. :D
Jadi, dengan cuti yang ada ini, saya ambil masa untuk jahit baju kurung saya sendiri. Kepuasan bila dah siap baju iniiiiii, hanya Tuhan sahajalah yang tahu. Rasa macam seronok gilaaaaa. Yelah, baju yang kita buat dengan titik peluh sendiri. Kalau orang lain tak hargai, siapa lagi yang nak hargai kan? Diri sendirilah. Memanglah hasil jahitan ini takdelah macam jahitan di kedai. Masih banyaklah sengit bingitnya. Tapi takpelah. asalkan boleh dipakai. Bolehlah pakai pergi kelas ke kan.
Percubaan kali keempat rasanya. Heee
#2. Baking
Baking. Perempuan manalah yang tak suka baking kan. Mungkin baking ini agak renyah jugak sebenarnya. Tapi, kalau ada niat nak mencuba itu, tak jadi hal lah. Saya cuba resepi baru. Ala, google je resepi. Bukankah sekarang ini maklumat di hujung jari jeeee. Nak dengan tak nak je lah kan. Jadi, saya cuba lah cari resepi "Hokkaido Chiffon Cupcake". Sebab hari tu dah beli dekat kedai roti. Sedapnyaaaaaa. Jadi teringin nak buat. Hehe. Atas dasar semangat yang ada, google dan cuba. Bahan-bahan pun senang nak cari di supermarket.
#3. Memasak
Saya ni bukanlah expert dalam memasak. Setakat nak kenyangkan perut tu boleh lah. Tapi kalau nak bagi rasa yang betul-betul umpphhh itu, tidaklah. Surrender awal-awal. Hihi. Cuti ini saya cuba masak sambal tumis ikan bilis. Ohh, saya akan cuba masak, kalau itu memang makanan favourite saya. Yelah, makan mestilah sebab nak kenyangkan perut sendiri kan. Jadi, saya bertungkus lumus untuk menghasilkannya.
Yang kiri itu sup berlada. Yang kanan itu sambal tumis ikan bilis. Merahkannnn.
Ini potato wedeges. Tak tahu kenapa rupa macam ni. Takpe lah, jangan tengok rupa. Ada rasa kira okeylah :D
#4. Tonton drama
Kalau dah namanya duduk rumah, sinonim lah kan dengan tonton drama. Antara drama yang menjadi ikutan saya buat ketikan ini ialah Temptations Of Wife. Cerita dari tanah seberang. Filipina mari. Kira okey lah kan dari tak layan Sinetron merapu tuuuu. Kiki. Selain itu, ada jugak layan Drama pukul 7 itu. Tapi itu pun tak tengok kat tibi. Layan kat tonton jeee. Tak sesuai waktunya, lagipun ayah saya sangatlah tidak suka anak-anaknya duduk menghadapi tibi waktu-waktu maghbrib ini. Tapi boleh lah drama itu. Boleh layaaannn.
So, itu saja. Baca buku je takde masa lagi. Kiki
Salam Nisfu Syaaban semua :)
Salam Nisfu Syaaban semua :)
0 sumpahan:
Post a Comment