Monday, March 30, 2009

jangan jadi macam lalang !


Lalang. Korang tahu ke lalang itu apa ? tuhh, gambar da ada. Itu lah lalang. jangan jadi mcm lalang. Tajuk entri kali ini, agak hebat juga utk diperbincangkan. Ok, aku terangkan, lalang ialah sejenis tumbuhan yg biasanya tumbuh meliar di kawasan yg tidak m'jadi tempat laluan.

Lalang mempunyai stigma negatif yg dijadikan simbol kpd manusia yg tidak tetap pendiriannya. Ok, maksudnya begini, lalang yg tidak berbatang begitu mudah terbuai-buai apabila ditiup angin. Jadi, pendirian itu mudah berubah-ubah. Susah lah mcm ini kan.

Berikut adalah beberapa situasi yg membayangkan dirinya sedang 'menjadi lalang'.
*****BABAK 1*****
Sofia : Saya suka dgn pelakon baru yg bernama Kamal Adli (mmg nama sebenar) itu. Dia itu berbakat & tidak dilanda kontroversi sprt artis-artis lain.
Adam : eh, kau biar betul. Kamal Adli itu, ada gosip hangat taw. Baru2 ini saja, dia ada skandal dgn mak datin. Kau tak taw ke ? dia jadi 'anak ikan' pd datin nihh.
Sofia : eh, betul ke kau nih ?. Kalau mcm itu, aku da tak minat dia lagi la. Aku minat dgn Fahrin Ahmad pulak la.
*****BABAK 2*****
Anas : eh, kau tgk cerita Spa Q smlm ?
Abu : tak tgk. Aku baca buku lah smlm. Tak sempat nak tgk.
Anas : Kau nih, rajin gila. Baik kau tgk cerita itu hari nih. Heroin dia, gila cun habis lah.
Abu : ok. Aku tgk lah cerita itu besok.
*****BABAK 3*****
Suraya : Aku ingt, aku nak beli buku tentang cupcakes lah. Aku nak try buat.
Hanim : cupcakes ? buat apa lah. Baik kau beli buku tentang jahitan itu. Dpt juga kau belajar menjahit baju2 kau yg terkoyak itu.
Suraya : A'ahhh lah. Betul juga ckp kau itu. Tak jadi lah aku nak beli buku cupcakes. Aku nak beli buku jahitan.
*************************
Drpd ketiga-tiga situasi di atas, dpt lah dirumuskan di sini bahawa Sofia meminati pd artis ini, namun semuanya gundah-gulana apabila mendengar kata2 Adam itu.
Utk babak yg ke2 pula, pendirian Abu tergugat apabila Anas mula menghasutnya menonton tv. Abu harus berpegang teguh dgn pendirian utk menelaan pelajaran. Jika dia terus menjadi lalang sebegini, lama-kelamaan dia akan menjadi kekok utk menilai sesuatu menggunakan pandangan sendiri, sebaliknya keadaan sekeliling menjadi faktor utama utk menbuat keputusan.
Utk menjauhi sifat lalang ini, perkara utama ialah yakin pd diri sendiri. Kemudian, keputusan yg bakal dibuat itu haruslah tepat. Di sebalik usaha utk menjauhi sifat lalang, kita juga harus bijak membuat pertimbangan yg bernas. Jika terbukti apa2 yg kita yakini itu salah, jangan ragu2 utk memohon maaf &membetulkan tanggapan.
Note : siapa yg masih lagi nak jadi sprt lalang ?. Tepuk dada, tanya lah selera.

5 sumpahan:

GigiWangi said...

sory kpd readers sekalian. aku tatao asal dia rapat2 tuhh, aku nak jarangkan da masa menaip itu.
ishhh.

fazrin said...

gile ah tmah da mule kasi ceramah! hahaha

GigiWangi said...

fazrin
cewahhh kau. aku bg ceramah free sajaa. nak dengar ?
ahaha

AzlaN said...

ustazah t-mah...
huahaha!!

GigiWangi said...

azlan
apa kau ?