Bahan-bahan (sekeluarga) :
- 1 ekor ayam dipotong 16.
- rempah utk ditumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga).
- 1 sudu besar jintan manis.
- 1 sudu besar jintan putih.
- bahan yg di kisar
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
- 5 sudu besar rempah kurma.
- 2 biji kentang di belah 2-4.
- air secukupnya.
- minyak sapi/minyak masak.
- garam.
- gula.
Cara-cara :
1. Panaskan minyak sapi/minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing.
2. Selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Masukkan ayam dan ubi kentang kacau sebentar selama 5 minit.
4. Tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam dan ubi kentang hingga empuk.
5. Masukkan gula dan garam ikut suka rasanya.
6. Tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan.
p/s : korang masak & makan apa hari ini ?
12 sumpahan:
arini msk ikan goreng dgn kuah kari tp asing2..
amcm??
kental...
huahaaha!!
azlan
asing2 ?. mcm mane tuh lan oi. ahaha.
aku masak air lagi best hahaha
tmah mskkn tok aku..
ahakz...
aku tw msk maggi jek...
wahhhhh,,,best gilak! bak skit kurma!
fazrin
masak air sajaa ? ok la tuh. :)
anonymous
g lah masak sendiri eh. :))
emi
mana boleh bg kat kau.
aku masak pizza....
hohoho.. 8D
shahmi
nak sikit. :)
owh...
cm sdp jek??
hm...
nk wt ayam msk merah cmner lk ek cef tmah??
syam
bukan mcm saja, mmg sedap pun. hehe. ayam masak merah ?. ok, tunggu resipi akan datang ok. hehe.
ko nie asyik bg resepi jer tmah tp yg slalu smpi kat umah muffin jer ada ar...huhuh
mankuk sia,
hehe. nak buat tak reti lah. nanti garam tuh, terlebey lah, terkurang lah. susah. hehe. (:
Post a Comment