Thursday, April 9, 2009

Dulu lain, sekarang pun lain.

Kalau dulu, rasa malas nak bangun pagi sebab kena pergi sekolah.
Kalau sekarang, dah tak kisah. Nak bangun bila-bila pun boleh. (:

Kalau dulu, nak kena bangun awal dari baba sebab kena iron baju.
(lama tau, aku iron baju).
Kalau sekarang pula, dah tak ada baju nak kena iron dah.

Kalau dulu, pergi sekolah dengan tergopoh-gapah, sampai sarapan, pakai kasut semuanya dalam kereta.
Kalau sekarang, dah tak payah tergopoh-gapah lagi. Rilex saja.

Kalau dulu, pagi-pagi baba suka marah aku sebab siap lambat, nanti sampai sekolah pun lambat. Baba takut punch card dia bertukar colour. Kalau aku pulak, bila datang lambat, menyorok dalam kereta. Takut nanti kena tulis nama. Hehe.
Kalau sekarang pula, dah tak ada siapa-siapa yg nak marah aku pagi-pagi lagi.

Kalau dulu, pagi-pagi bila aku masuk kelas, mesti ada org lepak kat tempat aku. Sampai kerusi pun naik panas. Pagi-pagi lagi, dah mula bergosip. Aku pun, join saja lah.
Kalau sekarang, dah tak tahu cara nak tambahkan dosa lagi.

Kalau dulu, bila bunyi loceng tyme nak rehat saja, aku org first yg tak sabar-sabar nak keluar kelas. Yang Amyn (monitor kelas) lambat pulak nak cakap *bangun semua, terima kasih cikgu*. Sampai aku kena bagi tahu dia.
Kalau sekarang, dah tak dengar bunyi loceng lagi.

Kalau dulu, suka buat rombongan (ramai-ramai) pergi bilik guru. Bila cikgu tanya, pandai-pandai lah kelentong, nak carik cikgu itu lah, ini lah... pada hal, saja nak jalan-jalan. Hehe.
Kalau sekarang, dah tak rasa nak masuk Bilik Guru lagi, melainkan aku jadi cikgu lah kan. (:

Kalau dulu, bila cikgu tak ada dalam kelas, suka pergi Koperasi, beli makanan, pastuhh, makan dalam kelas.
Kalau sekarang, dah tak rasa macam dulu-dulu lagi.

Kalau dulu, aku suka bercerita sebab ada org nak dengar.
Kalau sekarang, siapa yg nak dengar aku cerita?. semua macam busy saja.

Kalau dulu, petang-petang itu, aku letih sgt. Balik saja sekolah, nak kena pergi tusyen pulak.
Kalau sekarang, rasa boring pulak, sebab tak ada tusyen lagik.

Kalau dulu, homework banyak gila. Sampai tidur pun tak cukup.
Kalau sekarang, tidur sampai bebila pun boleh.


p/s : Kalau lah masa boleh putar balik, aku nak kembali dalam suasana itu. Ada sesiapa nak ikut?.

11 sumpahan:

syam said...

tmah...
aku nk ikot...
bez time skola...

nabilah said...

aku nk joIN gak..
ko kan ketua rombongan klu nk g
koperasi..
heheheh...
:P

Alyaa said...

pi koperasi beli JAJAN. masa rehat beli JAJAN gak. hari-hari JAJAN. :P

Najlalalala said...

kak tim , kaw da mengingatkn aq pd zmn persekolahan , huwaaaa nk skola balek ;( syok jew tyme skola lu , happy gegyle ahh :) kaw pown lebey kurang same ngn aq jew tyme kat skola , HAHA .

AzlaN said...

haha!!
serik dgn alam sekolah..
tobat aku..
huahaha!!

tmah said...

syam
hehe. kau tak boleh. kau dah besar. haha

nabilah
hehe. tyme tuh, tgh kaya eh. :)

Alyaa
a'ahh. hari-hari JAJAN tau. rongak gigi aku. hehe

Najlalalala
aku mane sama ngan kau lah. aku baik sikit dari kau. hehe

AzlaN
kau memang. selau buat masalah kan. mcm aku tatao. haha

azuin vulpine said...

tmah.. ko suke sekolah ni.. jadi cikgu jela..hehe..
anyway, mmg sediy tgl zaman sekolah ni, masa xleh putar balik kan..
pasni, masuk u, kehidupan lagi seronok n mencabar..
we'll see...haha

tmah said...

azuin vulpine,
hehe. betul la. jadi cikgu?. tgk lah, kalau dapat. hehe. tuh la pasal, tak sabar lah nak masuk u nih. hehe. (:

apex said...

na ikot gakk
sob5
skang mcm2 kne pk
skola lg sng
sobb
uwaaaa

amyn said...

ala aku suke duk dlm kelas, tu yg aku lmbt soh korng bangun tuh , ishh , aku x gosok bju ah weh ,aku letak bwh katil je HAHHAHAHAH

tmah said...

apex,
tak boleh. ini untuk org yg 18 tahun saja. hehee

amyn,
kau memang. selalu lambat tau. aku yg tak sabar-sabar nak kua kelas. hehe. (: