Monday, April 6, 2009

Baik buruk cinta yg tak setaraf.

Banyak org kata, cinta itu buta tapi sebenarnya manusia lah yg sanggup membutakan mata utk mengikut kata hati. Contohnya dlm kes cinta yg tak setaraf, ada yg memperolehi manfaat bila mengikut kata hati, tapi tak kurang yg mengeluh hampa apabila kenyataan tak serupa dgn apa yg diimpikan.

Yang kaya dengan yang miskin
baik : Yg kaya akan dpt membantu si miskin tidak kira lah dlm bentuk apa sekalipun, asal kan dpt sama-sama menikmati hidup dgn lebih baik tanpa perlu berkira berapa banyak duit yg perlu dikeluarkan. Kan bagus mcm ini.

Buruk : Bila suatu hari nanti, hubungan dah tak berapa stabil, mula lah cerita-cerita yg si kaya pernah bantu si miskin sampai berjaya dlm hidup mahupun kerjaya, semuanya akan diungkit semula. Konon-konon yg si miskin ini tak pandai mengenang budi sedang kan dia dah banyak berhabis utk nya.

Yang cacat dengan yang sempurna
Baik : Yang cacat akan merasa dirinya dihargai dan diterima sama seperti org lain iaitu berhak utk menjalani kehidupan seperti org lain dan bercinta. Dia akan lebih bersemangat utk mencapai apa yg pada anggapan org lain, tak akan mampu dicapai oleh org cacat atau kurang upaya. Kira mcm semangat baru lah.

Buruk : Sampai suatu ketika, jika yg sempurna sudah tidak mempunyai ketabahan hati yg kuat lagi atau mudah mendengar hasutan org lain, dia akan menganggap teman nya yg kurang upaya itu sebagai beban sahaja dlm hidup nya. Kalau dia meniggalkan temannya itu, mungkin dia boleh melakukan apa sahaja yg dia suka. Bak kata pepatah ini lah, *habis madu, sepah dibuang* kan?.

Yang berpelajaran dengan yang tidak berpelajaran
Baik : Yang tak berpelajaran tinggi akan menjadikan yg berilmu sbg pemangkin semangat untuk nya agar lebih berjaya dlm hidup dan menanam cita-cita utk melengkapkan diri lagi tidak kira lah dlm pelajaran mahu pun kemahiran. Kan elok begini. (:

Buruk : Yang berpelajaran tinggi akan ada ego tersendiri kononnya dia lebih bijak, jadi lebih banyak benda dlm hidup dia, yg akan ditentukan. Banyak terjadi apabila perempuan yg terlebih pandai, yg lelaki dah mula malu dan rasa dirinya terhina. Dah tuh, macam mana lah hubungan nak tahan lama, kan kan.

Yang buruk dengan yang cantik
Baik : Sekurang-kurangnya, si hodoh tidak rasa disisihkan daripada org lain dan merasa bertuah pula kerana ada yg cantik yg mahu bertemankan dirinya. Secara tak langsung, ini membina keyakinan diri dlm dirinya bahawa rupa paras bukan faktor utama utk berjaya dlm hidup. Hehe.

Buruk : Kalau si cantik dah berubah hati dan rasa dia tak setaraf dgn si hodoh, memang tak ada peluang lah hubungan itu nak kekal lama. Sebabnya org disekeliling pun tentu akan selalu membanding-banding kan dia dgn temannya yg tak berapa cun itu, yg akan menyebabkan dia akan jadi tak senang duduk. Tak baik lah mcm ini.


p/s : Cinta itu buta. Jadi, kepada sesiapa yg nak bercinta itu, jadi lah buta dahulu. Barulah faham maksud cinta itu, kan?. Selamat mencuba. (:

6 sumpahan:

amyn said...

yelah tuh kaw , sume neh karut HAHHAHAH

Alyaa said...

haih. jd buta ? nak jd kasim tak selamat ke ?

Shahmee said...

tmah kau mengarut ah...
buruk ke baik ke kalau ade jodoh x ke mana ah weh.... =)

syam said...

cinte itu bute....
sbb 2 org yg bcinte nie mrabe-rabe...
hahahha....
aku single...
:p

AzlaN said...

t-mah..
kaw dlm situasi yg mane??
ckp cpt!
hehee!!

GigiWangi said...

amyn
ini betul-betul. bukan cobaan. haha.

Alyaa
kasim pun selamat jugak. (:

SHAHMI
jodoh kat tangan Tuhan. kita merancang kan. tyme merancang itu, pilih lah yg sesuai. ok?

syam
tak boleh promote kat sini eh. (:

AzlaN
kau rasa, aku situasi yang mana satu?. haha. aku bagi kau buat decision ok.