Saturday, July 25, 2009

Resipi Cik Pelangi Hari Ini



Ketam Masak Lemak

Bahan-bahan ( sekeluarga )
- ketam 2-3 ekor saiz sedang saja.
- bawang merah kecil dalam 5 /6 biji.
- bawang putih dalam 2 ulas.
- cili padi 10 - 15 biji , cili merah 1 biji.
- serai, daun kunyit , dan asam keping.
- santan 1 peket (yang selalu jual kat kedai tu)
- halia sebesar ibu jari.

Cara-cara
1. Cuci ketam bersih-bersih dan potong 2.
2. Lepas itu, blend bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia.
3. Dah blend semua itu,masukkanlah ketam dalam periuk, bahan² blend, serai yang diketuk dan asam keping serta garam dan pek aji sikit.
4. Bila nampak ketam dah keluar air sikit, masukkanlah santan dan daun kunyit dan tunggu sampai mendidih serta bolehlah dihidang.

Selamat mencuba. :)

2 sumpahan:

nabilah said...

aku xdpt mkn ketam..
mk aku xbg..
tkot alergi!!!
huahuahuahua!!!

TMAH said...

haha. tak pe. tgk je pun boleh. hehe
:))