Friday, January 1, 2010

2010


Fuhh, masa berlalu dengan pantas sekali. Hari ini, masuklah tahun baru, 2010.

2009 sudah pun melabuhkan tirai

dan

2010 adalah permulaan yang baik untuk kehidupan yang baru.

Pelbagai peristiwa yang terjadi pada tahun 2009, tidak kiralah sama ada sedih, gembira, seronok, duka, kecewa,menyakitkan hati, patah hati, makan hati, hati batu, dan makan dalam dapat dijadikan iktibar untuk kita menjadi lebih matang. Kata orang, ini semua pengalaman hidup.

Macam orang selalu cakap, tahun baru mesti ada perubahan untuk diri sendiri. Kalau tak ada pun, at least sikit pun jadilah. Semua orang ada azam dan juga matlamat hidup. Ya, sama macam aku.

Untuk permulaan ini, aku tak nak target lebih² sangat. Memang tak terbuat pun nanti. Target aku sama macam orang lain, berubah untuk yang lebih baik dan aku nak lihat orang di sekeliling aku ini gembira.

Bagi aku, tahun 2010 ini mungkin tak ada apa² yang berubah. Cuma naik semester saja. Umur pun bertambah, dan segala benda yang ada kaitan dengan bertambah ini. Mungkin berat bertambah. Ishh!

Apapun yang korang lakukan untuk tahun baru ini, semoga korang success.

Selamat tahun baru :)

0 sumpahan: