Tuesday, January 12, 2010

Jenis kawan yang aku tak berapa suka nak buat kawan

Ya, kawan. Kadang², kawan itu penting. Semua orang suka berkawan, termasuk lah aku. Tapi, ada jenis kawan yang suka mengambil kesempatan. Yang jenis ini, aku memang tak suka nak buat kawan.

Ada kawan yang perangai-nya suka pinjam barang orang. Kalau boleh, segala benda nak pinjam. Daripada benda kecil, sampai lah benda besar. Itu pun nak pinjam. Bukan pinjam lah, buat macam harta sendiri, senang cakap ambil terus.

Ada kawan yang suka pinjam duit, tapi jenis buat² lupa nak bayar balik. Kadang² itu, orang yang bagi pinjam pun, rasa segan nak mintak hutang balik. Lepas ini, jangan harap aku nak bagi pinjam duit lagi eh. Kau ingat, bapak aku buka kilang duit ke?

Ada kawan yang jenis dah ada couple, tapi yang jenis suka pasang spare-part. Yang ini memang banyak. Aku pun tak barapa nak faham dan susah nak faham sebenarnya. Kira kau couple suka² lah eh. Bila kau tak nak si A, si B masih ada lagi kan. Bijak kau!

Ada kawan yang jenis tak boleh nak tengok orang pakai benda baru. Daripada kasut baru, baju baru, beg baru, tudung baru dan segala macam yang baru lagi. Kenapa kau nak jealous? Nak belilah, tak payah nak dengki². Kau tahu tak perangai kau itu, sangatlah menyampah.

Perangai yang sangat annoying gila. Dan kau harus tahu kenapa semua orang tak nak berkawan dengan kau. Sila ubah sikap okey.

2 sumpahan:

nadeshiko. said...

haha! manusia, macam2 ragam. kalo ade dalam kalangan kwn aku yg aku tak setuju dengan sikap dia, aku cakap direct to the point. Cth, kalo ade mmber aku suke main spare-tyre yg suka tukar2 tayar tuu, aku tegor laa.. tak baik buat mende mcm tuu and etc. pastu, kalo ade org hutang dengan aku, aku mintak jer, buat muka tak tahu malu. Aku nak bagi die sedar, sape tuan tanah! haha. Aku x kisah org nak pikir aku ape, asalkan aku bhgia and x kaco hidup org. hoho

budak matang said...

nadeshiko,
Okey, cara kau betul. Masalah-nya, aku ni jenis yang terlalu jaga hati orang. Nak cakap pun takut. Takut tersinggung. Lagi lah nak tegur. Sebab aku punya ayat, tak ada berlapis-lapis punya. Huhu.

Point yang bagus. Thanx !