Saturday, February 6, 2010

Pilihan anda diutamakan

Dua minggu lepas memang kecoh dekat mana² surat khabar atau mana² majalah ipt tentang pilihan raya. Institut maktab perguruan senyap. Semua Uni kecoh dengan manifesto sana-sini, dan minggu ini tiba lah giliran institut nak buat pilihan raya.

Institut memang lambat daripada biasa. Saja tak nak buat serentak. Sebab institut ini special.

Kepada adik² yang masih bersekolah, pilihan raya ini bukan nak pilih ahli dewan undangan negeri atau parlimen eh. Ini nak pilih wakil pelajar. Faham?

Untuk institut aku, pilihan raya diadakan pada 10Februari. Manifesto calon² yang bertanding pada 6Februari (hari inilah). Dan calon² yang bertanding sudah pun mula berkempen. Macam² gaya berkempen ada. Poster terpampang sana-sini. Yang jenis nak save budget, promote guna facebook pun ada. Gila maju.

Manifesto² yang kamu semua nak bagi pada 6Februari (hari ini), jangan hanya janji kosong dan jawatan yang nak dipegang semata-mata. Fikir sikit pasal kebajikan seorang pelajar macam aku ini.

Kepada semua pelajar IPG Kampus Pulau Pinang,

selamat mengundi.

Undilah siapa pun yang kamu mahukan. Pilihan ditangan sendiri.

0 sumpahan: