Friday, February 5, 2010

Double post

Dah alang² tulis pasal bufday aku itu, lebih aku wish sekali pasal bufday blog aku ini. Macam manalah aku hampir terlupa pasal blog aku ini. Haihh, tak prihatin betul.

Ya, selamat memasuki bulan dua walaupun dikira agak terlambat nak wish. Aku peduli apa lambat ke tidak.

Bulan 2 ini, memang ada something yang special sampai aku sendiri pun tak tahu apa yang special sangat. Biarkan ia menjadi suatu misteri. Ya, itu yang aku nak. Okey, sebelum aku merapu lebih jauh lagi, aku nak wish selamat ulang tahun dekat blog aku ini. Bunyi ulang tahun itu macam terlalu formal kan.

Whoa, sudah setahun umur blog aku ini, tapi post tak sampai² 100 lagi.

Sempena ulang tahun blog aku ini, aku nak buat perubahan sikit. Aku nak tukar template. Itu pun kalau dapat cari colour sesuai dengan jiwa aku. Kalau still tak dapat, jangan harap aku nak tukar. Still guna yang hitam ini eh.

Apapun, wahai blog tempat aku merapu, semoga kau tak mengada-ngada dengan aku. Aku still tak puas hati dengan kau sebab aku tak dapat nak post gambar. Aku ada masalah bab² nak post gambar ini. Sila jangan nak merajuk kalau aku tak update kau hari². Semoga kau menjadi tempat untuk aku terus berceloteh. Sekian...

0 sumpahan: