Thursday, March 18, 2010

Aku tak paham, korang paham?

Aku baru perasan yang tulisan dekat blog aku ni semakin men-gecil. Jangan ada yang juling lepas baca blog aku ni sudah lah eh.

*****

Bukan itu yang aku nak sentuh. Aku nak sentuh pasal perangai budak² sekarang. Aku ada kawan yang dah ada bf. Jenis perangai yang dah ada bf tapi still melayan lelaki lain. Okey, maksud aku melayan sampai lelaki itu naik perasan. Bukan setakat kawan sahaja tapi lebih. Itu yang aku tak paham. Tak semua kawan aku macam itu, tapi adalah dua-tiga orang.

Dalam hal ini, dah banyak kali aku tekan-kan. Kalau tak nak, cakap tak nak. Jangan main² sebab kadang² nasib tak selalu-nya berpihak pada kita. Mungkin lepas ni kita pulak yang sakit hati kan. Siapa tahu?

Contoh macam Si Amira ni ada probs dengan bf dia (aku letak nama Ahmad). Bila ada probs lah, dia (amira) keluar berjalan-jalan dengan mana² lelaki (kira senior atau satu batch). Okey, fair ke macam tuh? Kira bila tak selesa dengan orang A, orang B ada lagi. Apa perangai macam tuh?

Itu satu perangai. Ini lagi satu perangai. Kawan aku ini (lelaki) ada minat kat seorang awek ni. Cun. Aku tak tipu, memang cun. Aku pun boleh jatuh hati, tapi dulu lah. Tapi masalah-nya, awek ni tak minat dekat dia. Kesian kan. Okey, tak minat tak pe lah. Mana boleh main paksa² kan hati dan perasaan ni. Subjektif. Masalah timbul bila dia melayan kawan aku ini. Macam mana kawan aku tak naik perasan. Kalau tak suka, jangan layan. Senyum saja bila terserempak, jangan balas msg, jangan balas call. Jangan buat apa² dan jangan bagi harapan.

Kadang² aku kesian tapi aku nak tolong macam mana. Aku tolong tengok saja lah 'drama' yang tak berkesudahan ini kan. Hodoh punya perangai. Lelaki dan perempuan sama saja.

7 sumpahan:

e~car182 said...

stuju..
tak suka jgn lyn.
tak bek bg hrapn

ZACK ENTRY said...

bdk2 zaman skrg mmg mcmtuh..penting sgt ke bercinta ni?blaja pon xabes lagi..adeih


salam singgah oleh ZE ..=)

GigiWangi said...

Hood XVIIC,
haha. Cool beb!

e~car182,
kan.. :)

ZACK ENTRY,
Budak2 zaman sekarang dah miang lebih (kott). haha. Thanx sebab singgah. :)

ShAwN said...

>>>terbaikkk ah...<<<

GigiWangi said...

ShAwN,
haha. Terbaik dari ladang :)

nabilah said...

btOl..
aku pun ade gak mmber mcm tu,kdng2 meluat plk..
pastu perasan plk,yg sume laki
nk kan dia..
huhuhu

GigiWangi said...

nabilah,
memang ramai lah orang macam itu. haishhh