Tuesday, July 13, 2010

Masa itu emas

Masa memang pantas berlalu. Cepat saja tanpa kita sedar. Aku rasa,baru semalam nak start cuti semester kott, tup tup dah masuk semester baru lah pulak. Haish. Sudah 3 minggu, aku memulakan semester baru ini. Semester yang terakhir untuk program foundation. Boleh dikatakan agak busy untuk semester ini. Baru 3 minggu sahaja, macam² assignment dah dapat. Presentation jangan cakap lah. Lagi banyak kott. Hari² ada presentation, subjek itulah subjek inilah. Macam² !

Lagi sebulan saja, kita akan menghampiri bulan Ramadhan. Cepat kan. Pejam celik, pejam celik, lepas itu dah raya. Lepas itu, dah nak final exam, lepas itu cuti akhir tahun(Yayyyy ! ), lepas itu masuk semester baru. Cepat sangat. Kalau aku ada jam doraemon, aku nak slow kan masa. Sebab makin lama, belajar makin susah. Lagi pun, kita tak tahu apa yang ada dekat hadapan itu, sebab masa depan itu adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Lebih ngeri lagi daripada hantu² dan jembalang.

Setuju?

So, untuk azam semester baru ini, aku nak target result bagus². Aku tak nak dah main² dan jenis yang suka buat kerja last minit. Ini semester terakhir foundation wey !. Takut lah. Dah lah result Muet teruk. Kena repeat balik. Aduyai. Rm60 melayang lagi. Haih !

Oh ya, sekarang ini aku amat berkira dengan duit eh. Segala perbelanjaan aku, aku akan cuba untuk tapis dan beli benda² yang patut sahaja. Duduk dekat Penang ini, macam duduk dekat Kl. Semua benda nak kena pakai duit. Susah aku macam ini.
.
.
.
.
.
.
.
Ada tak sesiapa yang sudi nak belanja aku makan ?

0 sumpahan: