Sunday, August 29, 2010

Posmen

Korang pernah jadi 'orang tengah' atau dengan kata lainnya -posmen? Aku pernah. Dan sekarang ini pon aku tengah mengalaminya.

Sekarang!. Zaman dah habis sekolah.

Sebab apa aku tekankan kepada zaman dah habis sekolah?

Sebab bagi aku, zaman sekolah lah paling hot sekali pakai posmen ini. Antara senior dan junior.
Aku ingat dah tak ada dah posmen sekarang ini, rupanya ada lagi. Cis !

Posmen ini kadang² penting kewujudan dia. Kadang² itu, tak berguna langsung. Terus terang aku cakap, aku tak suka jadi posmen. Hidup tak menarik, kena fitnah lagi adalah. Kesian posmen kan, punyalah nak buat baik, nak sampaikan maklumat, barang or segala jenis pesanan dari orang A kepada orang B, then kena fitnah lagi. Korang tak kesian ke?

Aku kesian.

Sebab apa, aku cakap posmen ni kena fitnah or dapat macam² kata yang kurang enak didengar. Sebab, aku menjadi posmen bagi orang yang belum ada kata putus nak couple. Kawan pon, aku tak sure diorg ni kawan ke tak.

Apa² yang orang A nak bagi dekat orang B, kena melalui aku. Sebab orang A dan orang B tak pernah berjumpa, bercakap apatah lagi. Hanya melalui pesanan² ringkas sahaja.

Jadi, orang akan lihat yang aku punya scandal yang ramai. Tak gitu? Malu wey malu. Padahal aku ni hanya lah posmen yang tak dibayar gaji. Posmen cabuk jeee.

Dan, aku rasa aku nak resign dari menjadi posmen lah.

Tapi, macam mana aku nak cakap?

5 sumpahan:

panadol lagi said...

jangan kau sgkut ngn penyuruh tu dh la..haha.posmen makn gaji angin jela kau ni.haha

GigiWangi said...

panadol lagi,
HAHA. Gaji angin? kembung perut lah. Mana kenyang.

eyrul said...

haha...
bese la tyme skola dlu..
ak pown ad gak cter jd posmen gak...
mmg fames la posmen nie...
=P

GigiWangi said...

eyrul,
haha. posmesn memang famous. tapi, famous yang tak baik buat apa kan.

eyrul said...

yeke x bek...
ak posmen yg bek taw...
haha...
=P
ala ak tlg kwn ak kowt...
x kene fitnah agy...
hik2..