Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka

Kalau aku tanya budak² sekarang, tahun ni kita sambut kemerdekaan yang ke berapa tahun, agak² korang, budak tu boleh jawab tak?

*

Kalau sebut pasal merdeka, apa yang korang paham?

Kebebasan? Keamanan? Kemewahan?

Apa² lah yang dimulai dengan imbuhan ke- dan diakhiri dengan imbuhan an- kan.

Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia, negara yang aman, rakyat yang makmur, dan aku boleh ke mana² tempat yang aku suka tanpa rasa takut kena baling bom dan kena tembak. Ini serious sebab ada je orang yang tak suka duduk dekat Malaysia ni, siap kutuk² or what-so-ever. Patutnya orang macam ini, baling je kat laut, bagi ikan makan.

Untuk kemerdekaan yang ke-53 tahun ini, sama² lah kita bersyukur dan menghargai perjuangan orang² dahulu dalam menuntut kemerdekaan ini.

Mereka² lah yang amat penting untuk memerdekakan negara kita. Kalau tak ada mereka itu semua, sudah tentu kita belum boleh duduk makan yang sedap² macam sekarang, hidup mewah boleh keluar sana-sini, dan keluar rumah dalam keadaan yang selamat. kan kan?



Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53.


Notakaki: Hari ini dah masuk ramadan yang ke-20. Dah lepas fasa kedua dan nak masuk fasa ketiga. Setakat mana amalan kita setakat ini? Sama² lah kita renung balik dan belek hati masing². Aku pon masih ada lagi tompok hitam yang nak kena buang. Terlalu banyak !.

2 sumpahan:

Mimie.Candy Cane said...

yes..i totally agreed ..im so proud to be malaysian.rasa safe sangat.tak macam negara2 lain yang masih wujud keganasan.salam blogger...follow u..

GigiWangi said...

Mimie.Candy Cane,
Yeah. Kita patut rasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Thanks.
Selamat hari merdeka dan salam ramadan kareem ! :)