Wednesday, September 1, 2010

Insaf

Semalam kawan aku punya mak baru meninggal. Kawan sekelas. Punca kematian, batuk berdarah. Kami sekelas berpakat nak pergi menziarah dia sekeluarga, kebetulan semalam pon cuti sempena hari merdeka. Jadi kami pon pergi beramai-ramai. Rumah dia pon tak jauh mana, hanya mengambil masa 2jam saja nak sampai.

Kawan aku anak last dalam adik-beradik dia. Abang dan kakak semua dah kahwin. Dan oh ya, ayah dia dah meninggal sewaktu dia kecil lagi. Jadi sekarang, dia jadi anak yatim piatu. Bayangkan, usia dia yang aku kira sebaya dengan aku, dah tak ada mak bapak. Sedih wey. Lagi² nak dekat raya macam ini. 9hari lagi nak hari raya. Tapi aku tahu, dia kuat. Dia memang kuat. Sebab itu Allah bagi dia ujian macam ini.

Kadang² benda macam ini buat aku terfikir, susah senang kehidupan. Kita tak tahu bila ajal kita sampai, mungkin besok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. Aku belek balik hati aku. Kalau ditakdirkan besok, aku dah tak ada, amalan aku cukup tak nak dibawa sampai ke akhirat?

Kadang², menziarah orang meninggal memang memberi keinsafan dalam diri aku !

Aku memang tak boleh nak bagi semangat dekat orang. Dan untuk kawan aku itu, aku cuba bagi semangat untuk dia teruskan hidup dengan lebih ceria. Tapi ternyata tak boleh, aku tak nak nangis depan dia. Tapi aku tak boleh nak kawal. Benda itu turun sendiri bila dia peluk aku. Sedih sangat. Teruk kan aku.

Dan kepada kawan aku, Sarah. Semoga kau lebih tabah lepas ni, kau memang kuat, kau anak yang baik. Anggap lah ini semua ujian Allah di bulan ramadan yang mulia ini. Mesti ada benda yang lebih baik Allah nak bagi lepas ni. :)

Al-fatihah.

4 sumpahan:

eyrul said...

ak ucapkn takziah la...
huhu..
insaf sket la ak bce ko nyew cter...
huk3..

panadol lagi said...

al-fatihah..
sebak tgok sarah..nitik2 ayer mata aku...huhu.
buat sarah : tabah k.kmi ada dengn ko srah.

GigiWangi said...

eyrul,
Hari ni je kau insaf?

panadol lagi,
:)

eyrul said...

aih ak nie kn ko taw la...
bkn jaat tp nakal...
haha...
=P