Wednesday, October 13, 2010

Ajal kalau dah sampai, kat mana-mana pon boleh

Sedih rasanya bila tengok kesemua penumpang yang terkorban dalam nahas kelmarin. Accident yang berlaku di Rembau, Negeri Sembilan itu memang memberi pengajaran yang banyak kepada kita semua. Aku kira accident yang paling dahsyat untuk tahun ini. Bila aku google je, macam² gambar keluar. Sangat mengerikan.

Perkhidmatan bas ekspress ini sangat penting bagi aku, sebab kemudahan ini sajalah yang menyenangkan aku ulang-alik bila cuti semester nanti. Sebenarnya, malas lah nak cakap pasal accident yang melibatkan bas express ini, sebab benda ini macam kes 'artis yang tengah meletup'. Masa tengah kecoh ni lah, semua orang nak salahkan itulah, inilah. Bila dah 2 3 minggu lepas tuh, dah senyap dah. Tak keluar dah benda² ni lagi. Come on, sampai bila nak jadi macam ni.

Masih ingat lagi kejadian akhir tahun lepas yang melibatkan bas express jugak? Apa kesudahannya?

*

Dalam kita dok ghairah dengan tarikh yang cantik, 10.10.10...... kunun-nya.

Ada perkara yang Allah nak tunjuk sebenarnya. Mungkin dengan tarikh itu, senang untuk kita mengingatinya.

Kun Fa-ya Kun.... Apa yang berlaku, tetap akan berlaku.

Al-fatihah.



Notakaki: Nampak gayanya, lepas ni aku kena try guna perkhidmatan ktm pulak.

4 sumpahan:

Bijen M. said...

Naik kereta api je lepas ni.
Laju pun laju.

GigiWangi said...

Bijen M,
haha. Itulah, kena belajar naik lah. ktm lambat sgt. duduk pon letih. :)

Kas Hariz said...

segalanya telah tersurat..kehilangan dan dan kenikmatan sebagai ujian keimanan..

Keredhaan dan kesedaran utk yang masih meneruskan perjalanan..

GigiWangi said...

Kas Hariz,
Setuju. :)