Friday, November 12, 2010

Apa yang kau tau pasal kawan

"Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget"- Anonymous.

Kawan ex-schoolmates aku, secara tibatiba message aku dua hari lepas. Dah lama tak berhubung dengan dia. Last jumpa, aku rasa sebelum masingmasing melanjutkan pelajaran dekat menara gading. (Erkk, maktab pon boleh dikira menara gading jugak lah kan). Lepas tuh memang tak contact langsung, dan 2 hari lepas, baru dia carik aku. Dulu masa sekolah, aku dengan dia kira ngam lah jugak, cuma lepas habis sekolah, masingmasing buat haluan sendiri, lagipun, selama aku berkawan dengan dia, dia banyak tak jujur dengan aku. Kalau sekali takpe, ini kalau dah berkali-kali, aku jadi menyampah dengan perangai dia. Siapa suka kan.

Dia message aku, sebab dia tengah susah sekarang. Perlu bantuan kewangan. Memang sengkek gila. Aku tanya kenapa? Ada hutang apaapa ke kan. Dari sini, aku dapat lihat, betapa dia mencari semula kawankawan lama yang memang selama ini, dia tak tanya khabar langsung, tak ambik peduli pon. (Okey, aku cuba berfikiran positif, mungkin dia busy). Bila aku tanya, nak duit buat apa, dia cakap dia kena bayar sewa rumah. Sewa tertunggak lah lebih kurang.

Aku jenis kawan yang sangatsangat takut dilabel sebagai kawan hanya masa senang sahaja. Aku paling takut jadi macam itu. So, nak tak nak, aku kena bantu dia. Aku cakap aku tak boleh nak bagi lah berapa yang dia perlukan, tapi kalau nak tampungtampung tuh, boleh lah kan. Dia setuju. Aku bagi tak banyak, sikit je. Selain daripada aku, dia ada contact lagi seorang kawan aku, aku namakan dia Siti. Siti ni nak tolong, tapi dia tak tahu nak buat decision. Dia text aku. Aku cakap, ikut kau lah kan, nak bagi, bagilah, tak nak pun takpe, sebab aku dah bagi.

Masalahnya sekarang, alasan dia nak pinjam duit itu, langsung tak sama dengan alasan yang dia bagi dekat Siti. Dekat aku dia cakap A, dekat Siti dia cakap B. Bendabenda macam ni memang susah nak buat aku percaya dekat dia lagi. Macam mana dia boleh yakinkan aku yang dia betulbetul perlukan duit?

Tapi lantaklah, kau nak tipu aku pon, aku tak kisah, tapi ni last aku tolong kau. Lepas ni aku malas nak layan karenah kau lagi. Semoga kau tak buat perkara yang bukanbukan sudahlah eh. Kau pun dah besar, dah tau mana yang baik dan buruk kan. Boleh pk sendiri kan. Aku doakan yang baikbaik je untuk kau.

Haihh.

6 sumpahan:

GigiWangi said...

Hood,
Aku rasa bab berkawan ni kena sedang2 jee, tak boleh nak suka sangat. haha. nanti makan hati.

GigiWangi said...

Hood,
haha, aku setuju dengan kau. peluang bagi sekali jee. take it or leave it.
tapi itulah, manusia ni bila bagi peluang sekali, dia main2. peluang kedua tuh lah, baru nak betul2. haha.
hati kering macam kau? erkk, aku rasa aku tak boleh lagik lah.

Anonymous said...

ak cam tau cter ni..alya ade bgtau ak.;D

Bijen M. said...

Tak pernah pun Anonymous komen kat blog aku macam tu.

nabilah said...

yg pasti bkn aku..
sbb ak xmesej ko kerna
sedang berpoya dirumah..ahhaha

GigiWangi said...

musZ,
weh, ini orang lain lah. aku rasa alya tak tahu kot cerita ini. huhu

Bijen M,
Itu anonymous lain lah.

Nabilah,
aku rasa, baik kau jangan perasan haha :)