Monday, December 6, 2010

Awal Muharam

Hari yang baik untuk pasang azam yang baru. Tapi bagi aku, aku tak nak pasang azam tinggi² sangat, bukan apa, takut tak terbuat saja nanti. Ingat nak laksanakan azam ni mudah? Sesenang kau makan ABC? Payah gilak okey!

Cuma aku berharap sama macam orang lain, tahun baru, mestilah ada anjakan paradigma daripada tahun sebelum² ini. Kalau tak dapat banyak pun, sikit pun jadilah. Jadi untuk permulaan yang baik ini, aku cuma nak list yang sedang² sahaja. Aku cuma nak delete folder lagha yang bersepah-sepah ini. Dah banyak sangat rasanya. Buang benda² negatif, dan perbanyakkan benda² yang positif.

Dan dah alang², lepas bukak sem ni aku masuk degree, jadi aku kena lebih rajin lepas ni. Ya, kena banyak membaca. Kurangkan online, sebab aku menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya untuk online saja. Baca buku, sekejap jee, jadi lepas ni aku kena fokus lebih sikit untuk baca buku. Kena rajin baca buku, dan bukan buku yang baca aku.


Selamat menyambut Awal Muharam dan semoga negara kita semakin aman dan makmur :)

5 sumpahan:

KRa said...

yeahhh!!! selamat berjuang.. on9 tu kurangkn eh.haahaha

[ a D D y ] said...

selamat tahun baru

Miss b said...

hai

hihi :))

GigiWangi said...

KRa,
Baikkkk!

addyHaikal,
selamat selamat :)

Myaby,
Hello :)

Bijen M. said...

Maka jadilah orang yang berhijrah.
:D