Saturday, December 11, 2010

Putus harapan

Putus harapan memang menyakitkan. Macam-macam rasa yang akan timbul; sakit hati, tak puas hati, makan hati. Pendek kata, semuanya bersangkut-paut dengan hati yang akan membuatkan hati rasa tak tenang. Ada jeeee yang tak puas hati, macam-macamlah, itulah inilah. Argh!

Bayangkanlah, benda yang kau harap sangat-sangat, dan sampai di satu tahap benda tuh tak jadi macam yang kau harapkan. Punah harapan beb! Siapa yang tak rasa sakit kalau kena macam tuh. Macam apa yang aku rasa sekarang ini, benda yang aku nak daripada zaman aku sekolah lagi, dan sepatutnya tahun ini aku dapat, tapi still tak dapat-dapat lagi. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tamat tahun 2010. Dan aku rasa benda ni hanya tinggal harapan dan kenangan bagi diri aku.

Mungkin aku perlu cuba lagi pada tahun depan. Dan betullah kata orang, "Kita jangan terlalu berharap sangat, kelak akan memakan diri sendiri". Sebab aku punyalah harap tinggi sangat sampai ke langit, tup tup tak dapat. Habis runtuh bangunan yang aku bina itu.

Okey, chill! Mungkin bukan rezeki aku (ayat nak sedapkan hati). Yer dok?