Wednesday, January 19, 2011

Friendship

Bila sebut pasal kawan, macam-macam definisi kau boleh bagi. Kawan ni ada macam-macam jenis.

Kawan yang satu kepala dengan kau.
Kawan yang akan back up kau setiap kali kau susah.
Kawan yang manis di depan. tapi dekat belakang buat taik dekat kau.
Kawan yang setiap kali kau bersamanya, kau akan rasa happy. Hilang segala masalah.

Bila bercakap pasal kawan, aku dah jumpa macam-macam jenis kawan dekat dunia ini. Kadang-kadang, kau tak boleh nak duga macam mana sebenarnya perangai kawan kau itu. Mungkin dia baik dekat depan kau, tapi tak semestinya dia baik jugak bila di belakang. People change. Jangan anggap semua kawan kau itu sama perangainya. Bila berdepan dengan orang macam ini, aku takkan tarik muka dengan dia. Aku akan buat-buat cool, tapi dalam diam aku kena hati-hati. Orang macam ini, kau kena pandai main permaianan. Kalau dia boleh main dengan baik, kau pun boleh. Umpama kau nak serang negara orang, kau dah tahu kelemahan negara itu dan tunggu masa je nak hantar bom. Menarik, kan?

Kawan yang betul-betul kawan, dia takkan tikam kau dari belakang. Sebab itu ada perbezaan antara member dengan kawan (aku pernah tanya soalan ini untuk entri yang lepas-lepas). Member untuk orang yang kau dah kenal rapat. Kira kau boleh percaya dia hidup-hidup, teman kau lepak sama-sama masa kau perlukan seseorang, share problems kau dan tegur kau setiap kali kau buat silap. Member macam ni, ada zaman aku sekolah dulu. Sekarang bukan takde, tapi jarang nak jumpa member macam ini. Kawan ni pulak kira kau baru kenal dia. Tak nampak lagi hati budi yang sebenar-benarnya. Senang cakap, tak habis kenal lagi. Masih kabur.

Bila kawan kau cerita problems dia dekat kau, cuba belajar simpan rahsia itu. Bila sebut perkataan rahsia, maknanya dah terang lagi bersuluh, hanya kau, dia dan Tuhan saja yang tahu. Orang lain tak boleh tahu. Simpan elok-elok. Jaga rahsia itu macam kau jaga harta kau berjuta-juta. Kau tahu, sekali kau buat perangai tak elok dekat seseorang, sampai bila-bila orang akan ingat. Perangai manusia, benda yang tak elok dicanang-canang, benda yang elok, disimpan buat pekasam. Yer dak?

Aku selalu pegang kata-kata ini, "Sekali kau buka aib seseorang, 10 kali Tuhan akan balas". Kau nak ke macam itu?

Aku pun bukan bagus sangat. Banyak jugak kelemahan dalam diri aku ini, tapi at least, aku tak buat perangai huduh dekat kawan aku sendiri. Yer dak?

9 sumpahan:

ciktipah said...

haha.
maksudnya aku kena jadik 'member' kau lah kan. ingat ni, kawan tak semestinya ada selalu dengan kau, tapi selalu faham kau. aku dulu pun ade gak probs ngan kawan kawan sampai aku dah tak percaya istilah kawan tuh. haha. kejam kan.

btw, i knoe u are great friend for me. jangan terharu lak. kah kah

Izmir Fadzil said...

agak2 aku kawan jenis mana

ShAwN said...

aku pon tertnye bnde yg same oleh emir...???

Lyn Sery said...

aku baru jumpa kawan yg mcm taik jugak.
tp xpelah.aku okay je ngn semua orang.

Bijen M. said...

Bila cakap pasal kawen camne pulak?
Ha ha ha.
Rilekslah bro.
Hidup ni tak lama.
Esok lusa dah nak mati.
Jadilah orang pemaaf.
Apa ada hal?

Peminat Katie Holmes said...

part tikam belakang untuk istilah true friend memang nice,

GigiWangi said...

ciktipah,
Haha. Terharu gila ni sambil kesat air mata :)

Izmir Fadzil,
Hang aku tatau. Aku bukan kenai rapat ngan hang pun. Haha.

ShAwN,
Hang pun samalah shawn, aku mana lah tau hang kawan spesis apa. Haha.

Lyn Sery,
Yup, okey je lah dengan semua orang. Bukan nak gaduh ke apa kan. Just cuma dah tau, hati budi dia macam mana je. :)

Bijen M,
Kalau cakap pasal kawen aku suka. Hahaha. Yelah, aku bukan nak tarik muka dgn dia ke apa ke kan. Cuma rasa terkilan je. Huhu.

PKH,
Very very nice!

wafa' az-zar'a said...

friendship isn't how u forget ,
but it's how u forgive.
not how u listen , but how u understand .
not how u see , but how u feel .
not how u let go , but how u hold on .

=)

peace.no.war

GigiWangi said...

wafa' az-zar'a,
:)