Friday, January 21, 2011

Happy Birthday, Ibu

Aku jarang cakap "I love you" dekat family. Apatah lagi parents sendiri. Entah, tiba-tiba rasa kelu lidah nak cakap perkataan itu. Mungkin jarang guna kot.

Bila duduk jauh-jauh ni, telefon antara salah satu cara aku nak contact ibu. 2 hari sekali aku akan called. Tapi bukan aku yang call, aku missed call je, lepas tu ibu yang akan contact aku balik. Kadang-kadang, takde benda penting nak cakap pun, tapi itu je salah satu cara nak lepas kan rindu. Aku pun jarang balik rumah.

Kadang-kadang, bila dah habis cakap semua dalam phone, ayat last yang ibu akan cakap, "Okey, baba dan ibu sayang kak ngah (nama aku dekat rumah)". Dan aku akan balas dengan perkataan, "Hurmm".

Kadang-kadang memang terasa macam anak derhaka, sebab aku tak balas balik perkataan sayang itu. Susah sebenarnya nak cakap, "Kak ngah pun sayang semua". Haha.

Lecturer aku pernah cakap, "Kalau dia boleh putar balik masa yang dah berlalu, benda pertama yang dia nak buat adalah cakap- I Love You dekat ibu dia".

Sampai sekarang lecturer aku itu rasa menyesal, sebab dia tak pernah cakap pun perkataan itu dekat ibu dia sendiri.

Aku tak nak jadi macam itu, benda yang dah tak ada, baru rasa nak menyesal. Aku sekarang pun tengah cuba, tapi... itulah masih takut-takut lagi.

***

Hari ni hari jadi Ibu. Aku wish pakai sms je. Nak cakap dalam phone segan, dan aku tak pernah wish bufday parents aku direct face to face. Bunyi macam pelik, tapi itu memang kenyataan.

Nasib baik ada teknologi, mudah kerja aku.

Mungkin family aku tak macam orang lain, tapi aku still bersyukur. Setakat ini, family aku belum pernah lagi lah ada salah faham ke apa ke kan. Kadang-kadang, kasih sayang dekat family, aku tak pandai nak tunjuk depan-depan.

Aku sayang family aku sendiri, tapi aku tak pandai nak tunjuk yang aku caring.


Disember 2010, Banting Selangor.


Bila aku belek-belek folder gambar dalam laptop, tak banyak gambar family yang aku snap. Gambar kawan je banyak. Dan di atas ni aku rasa gambar paling cun pernah aku snap untuk ibu sendiri.

Happy birthday untuk ibu yang ke-48. Semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah (s.w.t).

5 sumpahan:

ShAwN said...

masalah kite same...ape yg ko ckp tu aku phm...abeh nk wt guano ni?aku xnak menyesal gak mcm lecturer tu...

pssstt--->>spe lecturer tu??kahkahkah

AzLaN said...

skrg aku dah tahu kenapa kaw boleh jadik tembam macam ni,hahahaha! xD

p/s: lama x comment blog ni,rajin dah update belog akak tembam sorg ni,mmg rajinla aku nk membuka belog ni nanti,bagus2! :D

wafa' az-zar'a said...

emma ! it's gud bila emma ad cra t'sndiri utk smpaikn rasa SAYANG tu .

myb after this . on your own birthday , emma ley cal ibu emma nak wish thx sbb lahir kn emma + emma apprciate suma yg ibu emma dh b'korban utk emma . =)
buat taw.



peace.no.war

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

hepi besdei aunty!!!
ema cube je r ckp skali. . .
nt lama2 mcm seng je nk ckp~
lv u ibu!!kenyet3~

GigiWangi said...

ShAwN,
Aku tatau lah weh. Huhu. Erk, nama lecturer tuh biarlah rahsia. Haha.

AzLaN,
Erk, komen kau tersasar jauh ni. Haha. Masalah tembam apa pulak. Kurus lah sekarang weh. Lama tak jumpa kan, kau mana tau. Haha. A ah kan. Kau dah lama tak datang sini, haha, camne kau ingat url aku weh? hehe

wafa' az-zar'a,
Tulis atas kertas boleh lah kot. Nak cakap tuh lah masalahnya. Hadoi. Tiba-tiba malu. Haha. Dahsyat kan. Anak apa lah ni.

Kak Wan,
Tengah cuba Kak Wan, tapi tatau bila. Nak start tu lah payah! Huh :)