Tuesday, January 4, 2011

Lesson for today

1. Orang yang tua mesti tak nak dengar pendapat daripada orang yang muda² seperti aku ini. Orang tua di sini bukanlah bermaksud orang yang tua sepuluh atau dua puluh tahun, tapi lebih kepada orang yang tua setahun, dua tahun atau mungkin lima tahun daripada usia kau.

2. Kalau nak pegang prinsip siapa makan garam dulu, dia yang akan rasa masinnya, memang tak boleh pakai lah zaman sekarang ini kan. Kadang² pendapat orang kena dengar jugak, tak kira lah orang itu tua, muda tak pun, sebaya dengan kau. Tolong respect!

3. Bila kau tak pandai jaga perasaan kawan kau sendiri, jangan harap orang lain akan jaga hati dan perasaan kau jugak. Aku pegang prinsip 'what you gives, it gives you back'. Macam karma. Tuhan itu maha adil. Sekejap je boleh pusing balik.

4. Sometimes, bila kau share benda yang berat dengan someone, kau akan rasa hilang sudah beban yang kau pikul selama ini. Tak percaya? Cuba try. Kalau nak simpan sorang² pun tak salah, tapi sanggup ke tengok muka kau berkedut hari². (Buruk weh!) Let it go!

5. Orang yang boleh kau share problems kau adalah orang yang betul² kau percaya, macam family kau contohnya. Kalau tak pun, member yang kau boleh percaya sampai kau mati nanti.

6. Ada perbezaan okey, antara member dengan kawan. Try carik, kalau tahu.

4 sumpahan:

Izmir Fadzil said...

buat masa ni aku byk share prob ngn mata air..

sbb tu muka aku nampak muda

GigiWangi said...

izmir,
Yaaaaa, kau memang muda lah. Sekali tengok macam budak umur 15 tahun pun ada. haha

Bijen M. said...

Orang lebih tua ni ego tinggi.
Kadang-kadang tak boleh tegur direk.
Yang muda haruslah tunjuk akhlak yang baik.
Itulah teguran cara halus.
Kalau tak boleh jalan sangat, lu pergi tegur (nasihat) orang muda yang buat salah sama macam orang tua tu, lu nasihat depan-depan dia.
Ni teguran indirek.
Moga-moga dia terasa.
Ha ha ha.
Kool jugak.

GigiWangi said...

Bijem M,
haha, memang tinggi oh ego diorg ni. Kalah klcc. okey, aku try hang punya tips yang pertama, yang second tuh, nampak macam tak berapa okey. haha