Sunday, January 2, 2011

Hello Januari

Besok dah start semester baru. Penat dari Gombak ke Penang tak hilang lagi, dengan nak kemas barang-barang kemain banyak lagi ni, haduyai. (aku tatau apasal barang aku banyak dari orang lain, macam nak pindah rumah jeeeeeeee).

Tiba-tiba aku rasa takut gila nak masuk semester baru ni. Ini bukan lagi macam foundation yang aku boleh main sana, main sini. Sumpah, dulu belajar tak serious langsung tapi kali ni aku harap aku kena ubah sikit perangai. Jadi MATANG sikit, kata umur nak masuk puluhan. Buang benda-benda lagha, fesbuk terutamanya.

Jadi, sempena dengan bermulanya kelas besok, aku ada beberapa spirit yang aku nak buat. Start besok, aku nak bangun awal pagi untuk ke kelas, dan aku nak jadi orang pertama yang pergi toilet awal pagi. Kalau tak sebelum ni, memang lambat kot. Ikut dan je.(mentang-mentang hostel dekat dengan kelas kan). Jadi, dengan cara ini, aku boleh bersedia pada awal pagi untuk segala jenis subjek yang akan aku pelajari.

Aku harap benda ni aku dapat buat dengan istiqamah, bukan main-main beb.
***

Bercerita pasal tahun baru, tidaklah aku membuat list mengenai apa azam baru aku. Cuma aku nak jadi orang yang berguna di masa hadapan. Bila aku fikir-fikir balik mengenai tahun² yang sudah, memang aku seorang loser. (ya, aku mengaku) Entah apa yang aku buat masa itu, memang tak bagi effect langsung. Masa aku memang banyak terbuang begitu sahaja.

Bila bercerita pasal duduk jauh dari family, kau sebenarnya kena pandai bajet masa. Masa duduk jauh² macam inilah kau kena bijak nak uruskan diri macam mana. Tak ada lagi bebelan mak yang kau boleh dengar,suruh belajar belajar. Jarang jugak nak jumpa kawan yang nak bagi nasihat, ada itu memang lah, tapi jarang okey. Sebab semua dah besar, dah boleh pikiaq yang mana bagi kau senang, yang mana akan menyusahkan kau.

Faham tak?

Cuma sekarang aku boleh fikir, yang mana elok untuk aku, aku ambil, yang mana bawa kesusahan pada aku, aku cuba untuk tinggalkan. Yer dok?

So, hello Januari! (:

5 sumpahan:

Cikgu Izmir said...

barang banyak sgt ke?..sem depan mohon bilik warden jela

GigiWangi said...

izmir,
haha. kalau aku duduk bilik warden, warden nak campak mana plak?

GigiWangi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

main sana sini pon rsult gempak;p

GigiWangi said...

musz,
mana ada lah. serious aku banyak main weh. kalau ketuk kepala ni, mmg taktau ada apa. haih...

hi untuk kau. hari tuh tak sempat jumpa. InsyaAllah chinese new year nanti jumpa okey, aku balik!