Tuesday, March 8, 2011

Hi and hello

Ramai orang ada blog. Bagi aku, menulis dalam blog ini adalah satu therapy. Therapy yang sihat dan semua orang boleh lakukan.

Aku start ber-blogging 2 tahun lepas. Kawan aku yang suggest. Masa itu tak serious lagi. Update pun bodoh-bodoh jee. Aku start dengan dunia blog sebab aku nak lari dari dunia friendster dan myspace. Masa tu, serious bosan.

Mula-mula nak berjinak dengan dunia blog ni, susah sikit. Tak best lah. Apa barang tulis pasal diri sendiri then bagi orang baca. Tak cool langsung. Tapi lama-lama minat itu timbul. Aku ni dah lah jenis yang kalau buat benda baru tu, payah sikit nak kekal. Buat blog, tak semestinya tulis hal peribadi, ada orang buat blog sebab nak letak hasil seni, contoh macam fotografi. Ada orang buat blog sebab nak bagi readers suka dengan apa yang dia tulis. Macam-macam passion ada. Kau boleh pilih asalkan kena dengan jiwa kau.

Tapi sekarang lain, orang buat blog sebab nak kejar duit nuffnang, buat blog sebab nak kejar followers, buat blog sebab nak kejar traffic. Sanggup update entry sehari, sampai berpuluh-puluh. Kalau kau buat blog disebabkan benda-benda dekat atas ni, kau tak rasa keseronokan ber-blogging itu sendiri.

Menulis dalam blog kena ikhlas, jangan rasa diri terpaksa. Biar followers aku sikit, biar komen aku tak banyak, tapi yang sikit inilah aku hargai. Mungkin aku jarang komen dekat blog kamu, tapi jangan kecewa, aku singgah cuma tak sempat nak tinggalkan jejak.

Aku menulis secara anonymous. Ramai yang tak kenal dan mungkin ramai jugak yang dah terlebih dahulu mengenali aku. Kadang-kadang, apa aku nak tulis dekat sini, jadi terbatas. Sebab ramai yang dah kenal aku. Taip panjang-panjang then klik 'save as a draft'. Sebab nak kena jaga hati semua orang, aku jadi tak boleh nak tulis apa-apa. Mungkin dekat alam realiti, aku tersenyum panjang, tapi dalam hati aku, takde siapa yang tahu. Orang akan judge aku, 'happy go lucky' tapi sebenarnya takde siapa yang tahu pun apa yang aku rasa. Pedih dalaman.

Aku lebih selesa dikenali sebagai Gigiwangi. Dan cukuplah korang hanya tahu aku bakal menjadi seorang pendidik yang akan mendidik anak-anak kamu semua, insyaAllah.

Dan kepada yang tak tahu, aku menulis secara emosi, garang, gembira, dan apa-apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis.

So, hi and hello (:

4 sumpahan:

aminaim said...

same goes to me..

hye..=)

Izmir Fadzil said...

puas weh update blog,cam baru lepas berak

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

hey hai!!
btol2!!sy setuju~
bab nuffnang tue sgt la sy sokong~
kite kna tgk gak bnd tue btol ke x~
status dr segi syariah pn mash ragu2~bhy tue. . .

GigiWangi said...

aminaim,
:)

Izmir Fadzil,
Haha, bongok !

Kak Wan,
Kan kan, kejar duit buat apa lah. Aduyai !