Sunday, April 3, 2011

Belajar dari semua ini

Semua orang akan cakap, "setiap perkara yang berlaku, tentu ada hikmahnya". Klise gila ayat. Tapi, sejauh mana kita akan belajar atau ambil iktibar dengan setiap apa yang berlaku itu.

Kadang-kadang aku terlepas pandang dan tak boleh nak agak, apa hikmahnya benda ni jadi macam ni, jadi macam itu.

Ujian itu berat, pahit, susah, dan menyakitkan.

Semua orang tak suka akan ujian. Usahkan ujian Tuhan yang bagi, ujian nak jawab kertas soalan pun aku tak suka.

Sebab itu, masa kita dalam keadaan gembira, senang, kita kena cherish benda itu. Hargai, sebab bila dah takde, baru nak putih mata takpun; terjulir mata. Huh !

Tapi, manusia alpa macam aku, benda dah takde lah, baru nak terkenang-kenang, dulu kemain ada depan mata, buat tak hirau jee. Pandang pun sebelah mata jeeeeee.

Mungkin, salah satu Tuhan uji aku sebab aku dah jauh dari-Nya. Astagfirullah'halazim.


Dan ingatlah;

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta (Surah Al-'Ankabut, ayat 2-3)

0 sumpahan: