Tuesday, April 26, 2011

Mungkin sesetengah orang tak suka

Nampak gayanya, aku kena hati-hati dalam menulis sekarang, sebab kawan aku di alam realiti sudah tahu blog aku ini. Ya, aku tahu kamu baca blog aku, kamu baca blog aku tanpa meninggalkan jejak. Damn.

Bila kawan aku cakap, "Aku baca blog kau. Siapa yang kau maksudkan dalam blog itu?".

Haha. Ini antara soalan yang aku tak berapa gemar nak jawab. Orang-orang macam ini lah yang menyebabkan penulisan aku terbatas. Sebab aku takut ada yang tersinggung dengan apa yang aku nak katakan.

Ya, ada beberapa perkara yang aku tak cerita dekat orang, tapi aku cerita dekat blog.

Itulah gunanya blog.

Dahlah penulisan aku dekat sini semuanya berunsurkan rasa marah, geram dan tidak puas hati dekat sesetengah individu. Banyak benda yang tak baik dari yang baik aku tulis dekat sini.

Bila jadi macam ini, kadang-kadang ada terlintas nak tukar url blog aku. Rasa macam tak best. Aku seronok menulis di sini, walaupun aku pemalas gila nak update. Tapi aku sayang blog aku.

Dan aku menulis berdasarkan keadaan sekeliling. Bukannya aku reka-reka cerita aku. Mungkin sebab itu, ramai yang tidak suka.

Aku bukan macam orang lain, yang tidak peduli akan hati dan perasaan orang lain. Mungkin mereka akan fikir "lantak lah, siapa suruh dia baca. Kan dah kena batang hidung".

Bukan. Itu bukan passion aku. Aku menulis bukan untuk sakitkan hati orang. Aku menulis bukan untuk kenakan orang. Aku menulis bukan untuk jatuhkan orang. Aku juga menulis bukan untuk naikkan amarah orang.

Aku menulis untuk sedarkan diri aku supaya tak repeat the same mistake. Bila orang buat macam ini macam itu dekat kita, kita rasa tak suka, tak selesa, same goes dengan yang lain. Jadi kita jangan buat begini begitu dekat orang lain jugak.

Sebab aku pegang prinsip, 'what goes around comes around'. Kau buat dajal dekat orang, kau kenalah nanti. Mungkin bukan sekarang, tapi nanti. Sebab itu, semua benda itu aku tulis dekat sini, sebab inilah satu-satunya cara untuk aku ingatkan diri aku balik.

Manusia ini kan pelupa.

Sebab kawan-kawanlah antara orang yang banyak habiskan masa bersama-sama dengan aku. Dari sini jugak lah aku belajar mengenai kehidupan.

Jadi, kepada awak-awak yang baca blog saya, janganlah rasa saya nak kenakan awak ke apa ke kan. Itu bukan niat saya. Saya menulis sebab saya rasa tak suka perangai awak macam ini macam itu. Kalau tak suka, janganlah baca eh. Saya pun tak suka orang baca blog saya.

Chalo



1 sumpahan:

Izmir Fadzil said...

aku nak baca jugak, ada masalah?..haha