Friday, April 29, 2011

Darjat

Alahai, bertuahnyalah Kate Middleton dapat kahwin dengan Putera William.

Dalam dunia ini, semua orang punya impian nak kahwin dengan anak raja. Siapa lah yang gila tak nak tuh kan. Walaupun kita ni berasal dari orang kebanyakan jee. Rakyat jelata sahaja tapi tetap punya impian, paling busuk pun, mungkin dalam mimpi pun dah dikira okey.

Tapi, kenapa kebanyakan orang masih nak pegang lagi kedudukan. Kalau keturunan syed itu, mesti kahwin dengan keturunan yang sekufu jugak, sharifah misalnya.

Kalau yang ada tittle tengku dekat depan pun sama, nak carik pasangan yang tengku jugak.

Habis, kesian lah orang yang takde tittle apa-apa macam aku misalnya. Nak ada tittle nama sharifah dekat depan, memang bukanlah. Nak ada nama tengku lagi jauh lah bunyi nya.

Kenapa ?
Itulah, benda ni jadi dekat Malaysia jeeee.
Negara luar takde pun.
Orang Malaysia ini, suka sangat nak banding-bandingkan darjat orang lain.
Kalau ada pun anak raja kahwin dengan orang biasa, mesti kena mengumpat habis-habisan punya. Mungkin rakyat Malaysia rasa pelik kot.

Haih.

Notakaki: Kalau macam ni lah gayanya, aku kena carik anak raja yang luar Malaysia lah. Hihi (:

2 sumpahan:

tangan said...

Timah, aku taksuka anak raja. Kau nak kata aku gila ke? HAHA

GigiWangi said...

tangan,
Haha. Boleh jugak. Gila doh kau ni ! Hihi