Saturday, April 9, 2011

Sedikit pasal lelaki

Aku ingat, lelaki ini kalau dia marah, dia jenis marah senyap, tapi rupanya, marah dia itu, marah nak carik pasal kan. Sebab bapak aku, kalau dia marah dekat anak-anak, dia senyap jee, sampai aku pun tak tahu, dia marah ke atau tak. Itu pun, kena tanya mak aku, "baba marah eh".

Aku rasa, lelaki kalau marah senyap, lagi nampak macho. Kan ?

Tapi, berdasarkan apa yang terjadi, rupa-rupanya tidak semua lelaki marah dia, marah senyap. Ada lelaki marah dengan baran. Habis semua cerita-cerita lama diungkit kembali. Sejarah dulu-dulu pun nak cerita. Tak cool langsung. Orang, kalau nak tolong orang lain, dia tak ingat lah apa yang dia dah buat dulu-dulu, tapi aku tak tahu lah kalau kau tolong tak ikhlas, sampai kes tahun lepas pun nak ungkit. Aku dah tanam kot sejarah lepas-lepas punya, tak ingat dah pun. Haha. Padahal gaduh pasal lain, benda lain kau nak ungkit.

Funny lah you guys.

Lagi satu, lelaki kalau tengah marah, mulut memang tak boleh blaaa. Sebab itu, ada orang cakap (bukan aku), "lelaki kalau mengumpat, kalah orang perempuan". Mula-mula aku tak percaya, sebab aku tak pernah dengar lagi lelaki mengumpat macam mana gayanya, tapi now aku dah tahu. Haha. Bukan semua lah kot (aku mane tahu), berdasarkan apa yang aku lihat, ada sesetengah, mulut memang macam longkang. Main cakap je, busuk betul. Kau sedar ke apa kau cakap ni ? Tak sedar eh ? Nak aku tolong sedarkan ? Ke nak aku tolong belikan Listerine ? Nak wangikan mulut kau itu ? Haha !



Notakaki: Ini ulasan peribadi aku. Aku tulis benda ni bukan aku nak condemn lelaki-lelaki di luar sana (jangan terasa) Ini apa yang aku lihat dan aku dengar, bukan semua lelaki di luar macam ini, masih ada lagi lelaki yang maskulin dan tahu menjaga hati orang lain. Macam Anuar Zain contohnya. Hehe ! Peace no war ! (:

3 sumpahan:

faizul said...

patutnya ko print entry pasal laki ni dan bagi laki tu baca. baru la berkesan.

Izmir Fadzil said...

ko belum kenal semua jenis lelaki lagi.(seirus).peh

GigiWangi said...

faizul,
Kalau berkesan, memang dah lama buat, masalahnya, memang tak berkesan langsung. Btw, thanks untuk idea kau itu. Kekekeke ;)

Izmir Fadzil,
Lelaki marah senyap, aku dah jumpe.
Lelaki marah bising pun aku dah jumpe. So ?

Hahaha :P