Friday, May 20, 2011

Adam dan Nur

Siapa cakap Remy Ishak dengan Tiz Zaqyah tak sesuai bila bersama.

Bagi aku okey jeee. Suweeet !

Tahulah Remy Ishak itu tinggi dan Tiz Zaqyah itu rendah

Tahulah yang Remy Ishak itu gelap sikit dan Tiz Zaqyah itu putih melepak

Well, semua orang kan tak perfect.

Kira dua-dua saling melengkapi. Kan suweeet. Tak gitu ?

Bila aku tengok cerita Nur Kasih ni, omaigod, suweet gila dorg. Dan semua orang pun mengidam-idamkan watak Adam dan Nur dalam cerita itu.

Yang perempuan, mestilah nak yang se-gagah dan se-suweet Adam dan yang lelaki pulak mestilah nak yang selembut Nur Amina. Kan kan kan.

Well, cerita ini best. Sanggup hari ini redah keluar semata-mata nak pergi tengok cerita ini dekat Queensbay, padahal aku ada lagi 3 paper nak kena jawab next week. Muka confident jeee keluar jalan-jalan padahal semua orang tengah stress nak exam. Kihkihkih :P

Sebenarnya dekat atas ini bukan main point aku nak update blog. Aku nak cakap mengenai penonton yang sama-sama menonton dengan aku tadi. Oh ya, mungkin brother yang sama-sama menonton wayang dengan aku hari ini tak sedar atau tak perasan yang hari ini adalah hari Jumaat. So, kalau sebut pasal Jumaat, penghulu segala hari, maka yang lelaki mestilah pergi solat Jumaat.

Tapi, yang sama-sama tengok cerita itu tadi, adalah jugak dalam 7-8 orang lelaki yang datang menonton bersama-sama awek masing-masing. Wayang habis pukul 2 petang. So, memang dah sah-sah solat Jumaat tak pergi. Bila aku dah tengok laki macam ni, euwww. Annoying. Kalau tak solat Jumaat pun, duduk lah rumah diam-diam. Sorok ke, supaya orang tak nampak (walaupun Tuhan nampak). Ini tak pergi solat Jumaat sebab tengok wayang lepas itu buat muka rasa tak bersalah langsung then buat muka confident macam rasa cool habis.

Betul lah cakap orang, bila benda haram kita dah biasa buat, sampai rasa bersalah pun tak akan ada dalam diri kita lagi.

Yang awek dia pun, nak buat ke stok laki macam ni jadi husband. Yang aku tahu, boleh kalau tak pergi solat Jumaat, tapi alasan kena kukuhlah, contoh sakit ke tak larat ke; tapi kalau guna alasan sebab tengok wayang, mana boleh pakai. Mazhab mana cik abang ni ikut ?

Spoil mood weh !
Kalau harapkan muka jeee handsome tapi kalau solat pun tak jaga, susah lah. Yer dak ?

3 sumpahan:

Anonymous said...

aku ske ko hentam dak laki nie.haha
;D

aDDy malas log in said...

nice!!

GigiWangi said...

mUsZ,
Kihkihkih :P

addy yang pemalas,
Hihi :)