Wednesday, May 25, 2011

Lesson for today #4

Satu benda yang aku paling susah nak buat ialah cuba untuk bersyukur. Ya, bersyukur. Bunyi macam senang je, padahal kemain lagi susah. Bagi aku.

Contoh; aku lapar nak makan, bila dah ada makanan depan mata, makanan itu tak sedap pulak. Nak yang lain, nak mcd takpun pizza ke.

Tengok, tak bersyukur kan. Walaupun benda ni kecik je, tapi disebabkan benda kecik macam ni pun aku tak reti-reti nak hargai. Terima kasih pun tak. Huh !

"Nanti, kalau Tuhan dah tarik nikmat kau satu-satu, macam deria rasa kau ke, baru padan muka" kawan aku

Gila scary ayat.
Jadi sekarang ni, aku cuba untuk belajar bersyukur. Walaupun benda itu aku tak suka ke, tak best ke, entah apa-apa ke, aku kena BERSYUKUR supaya Tuhan tak tarik nikmat aku satu demi satu.

***

Kalau kita ingat yang hidup kita ni susah,
Kalau kita ingat yang hidup kita jeeee punya masalah menggunung,
Kalau kita ingat kita jeee yang tak cukup kasih sayang,

ingatlah,
bahawa ada orang lagi yang lagi lagi susah daripada kita.
double susah !
dan boleh jadi triple !

dulu,
aku pernah ditimpa masalah yang sangat sangat perit
dan aku ingat aku sorang jeeeee yang alami masalah macam ni
maybe Tuhan nak test
dan
lepas itu Tuhan datangkan seseorang kepada aku dengan orang yang punyai double masalah,
lagi tragis cerita dia

Rupa-rupanya, bukan kita seorang sahaja yang rasa diri kita ni susah kan.

2 sumpahan:

ariff said...

ema, nak tak dapat RM 1 Juta dalam masa setahun ? hehehe..

GigiWangi said...

ariff,
Mestilah nak. Tapi banyak cabaran kot. Kih3