Aku memang cepat emosi. Bila benda yang aku nak tak jadi, bila benda yang aku nak tak dapat, memang aku akan emosi. Aku tahu perangai ini tak elok, tapi memang tak boleh nak ubah. Susah ! (mungkin ini salah satu perangai orang yang lahir bulan Januari, mungkin).
Dulu, aku selalu lawan cakap mak aku. Sebenarnya mak aku ini garang. Lagi garang dari ayah aku. Tapi, biasalah orang lelaki, dia cakap biasa pun, tetap aku anggap yang dia jerkah. Sebab itu aku lebih takutkan ayah aku berbanding mak aku.
Aku memang dikategorikan sebagai anak yang keras kepala. Well, anak nombor dua memang kepala batu sikit. Rotan dekat rumah itu memang untuk aku sahaja. Aku suka lepaskan amarah aku dekat mak aku. Sebab bagi aku pada waktu itu, mak aku sepatutnya faham apa yang aku nak, tapi dia tak faham. Sebab itu aku selalu marah mak aku.
Apa yang mak aku suruh buat, memang aku takkan buat. Aku akan buat tak tahu jeee. Sebab dulu, aku selalu cakap dekat mak aku, yang dia asyik lebihkan abang aku saja dari aku. Semua abang aku akan dapat dulu, apa-apa pun. Aku cakap lagi, yang aku bukan anak dia. Lepas itu, mak aku terus sepak aku. Mak aku cakap, kalau aku bukan anak dia, dia dah lama buang aku.
Tapi itu dulu. Bila kenang balik, sampai macam itu sekali kan perbuatan yang aku dah buat dekat mak aku. Jahat sungguh perangai. Aku rasa ada banyak lagi perkara yang aku buat dekat mak aku sampai dia terasa hati. Memang aku banyak sangat dosa dengan mak aku.
Tapi, itu semua kisah lama. Masa itu, usia baru nak masuk alam remaja, biasalah sifat nak memberontak itu mesti ada. Tapi, macam mana tindakan aku dulu pun, apa-apa pun, aku sayang mak aku sebenarnya, tapi tak tahu nak tunjuk macam mana. Bila aku cakap aku tak suka, memang aku akan cakap terus. Takde selindung. Dulu-dulu mana pandai nak jaga hati bagai.
Tapi, bila nak mintak apa-apa, nak beli itu ini, pandai pulak mintak dekat mak kan. Kenapa tak mintak dekat ayah. Haha, aku pun terfikir jugak. Mak lebih memahami, mungkin.
Dan sampai sekarang, aku masih lagi tak boleh nak cakap "I love you" dekat dia. Malu pun ada, tak biasa itu yang paling utama. Nak memang nak, tapi malu lah nak cakap. Hehe.
Bila dah duduk jauh-jauh macam ini. Baru aku sedar, pengorbanan apa yang ibu dah buat untuk aku dulu. Memang tak boleh dibalas. Ibu, satu-satunya orang yang akan tolong masa aku dalam kesusahan. Ibu juga yang faham aku. Bila aku tengah runsing dengan macam-macam masalah, dia akan call dan cakap okey tak. Mungkin disebabkan naluri keibuan yang dia ada, dia tahu masa bila aku tengah susah.
Tapi aku tahu, dia dah banyak rasa kedewa dengan aku. Banyak jugak perkara yang aku dah buat dan dah hampakan hati dia. Tapi itu dulu dah aku pun tengah mencuba untuk berubah.
Sempena dengan hari ibu, aku rasa sepatutnya hari-hari adalah hari ibu (tak perlu nak dikhaskan tarikh-nya). Ibu adalah orang yang patut kita dahulukan dan yang patut kita sayang. Dalam dunia ini, aku punya satu ayah dan satu ibu. Aku seharusnya sayang mereka macam mereka sayang aku dahulu.
Jadi, kepada ibu, mama, mak, umi, bonda Selamat hari Ibu. Semoga diberi kesihatan yang baik oleh Allah dan sentias di dalam rahmat-Nya.
<3 you.

0 sumpahan:
Post a Comment