Monday, May 9, 2011

Pergi

Semalam mak aku telefon dan dia mengkhabarkan aku tentang pemergian seorang pak cik merangkap jiran belakang rumah. Aku kenal pak cik itu. Anak-anak dia pun aku kenal. Jiran lah katakan.

Kelmarin (Sabtu malam)dia pergi menghadap Ilahi. Dia pergi dalam keadaan yang cepat dan tiada siapa pun sangka dengan pemergian dia. Jiran-jiran yang lain cakap arwah sakit jantung dan arwah pergi dalam keadaan dia sedang memandu kereta. Dia baru habis berniaga di pasar malam dan dalam perjalanan hendak pulang ke rumah. Mungkin sewaktu dalam perjalanan itu dia dah meninggal kemudian dia telah melanggar kenderaan lain yang sedang parkir di kawasan perumahan.

Terlalu cepat masa untuk dia pergi.
Pergi dalam keadaan mengejut, tiada siapa sangka.
Tiada pesanan terakhir untuk dia tinggalkan kepada isteri dan anak-anak dia.
Mungkin Allah lebih menyayangi arwah.
Redha.

Perkara-perkara yang terjadi macam ini, aku ambil dan aku reflect balik diri aku. Kalau Tuhan ambil nyawa aku sebelum aku sempat bertaubat, sebelum aku sempat nak say good bye dekat family, kawan-kawan dan sebelum aku sempat nak jelaskan hutang-hutang aku... umpama sia-sia saja aku hidup di dunia ini.

Nak harapkan amalan harian, memang tidak banyaklah apa yang aku dah lakukan ini. Walaupun aku tahu dan sedar kematian itu akan datang bila-bila masa sahaja tapi still tak nak ambil peluang untuk memperbaiki diri ini. Ya, manusia degil macam aku ini memang tak makan saman.

Pekara-perkara begini terkesan sekejap sahaja dalam diri aku dan kemudian kembali kepada perangai lama semula.

Haih, berubahlah !

5 sumpahan:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

Innalillah~

GigiWangi said...

Kak Wan,
Moga dicucuri rahmat !

GigiWangi said...

Kak Wan,
Moga dicucuri

Alyaa said...

arwah ni kwn mak aku nye suami.

GigiWangi said...

Alyaa,
Iya. Terkejut kan.